Khadijah Hashim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Fern~mswiki (bincang | sumb.)
k betulkan salahejaan (buki --> buku, kuku --> buku, nowel --> novel)
Baris 13:
 
 
'''Khadijah Hashim''' (lahir 20 April 1942 di [[Batu Pahat]], [[Johor]], [[Malaysia]]) merupakan penulis, guru, dan pemberita Malaysia. Dia bekerja sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (1974–1976) dan Berita Harian (1976–1985). Dia lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan 19 novel. Dia turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, puisi dan rima. BukiBuku lagu kanak-kanak “Sayang Sayang” telah dipilih sabagaisebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People - IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan “Semerbak Poetry” di [[Macau]], China (2006). Khadijah meneruskan minatnya dalam penulisan rima, yang mendorong kepada karya terbarunya “Putera-puteri Malaysia”.
 
Beberapa cerpen dan novel Khadijah telah dijadikan drama televisen.<ref>[http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6/13/central/21511085&sec=central The Star Online June 13, 2008]</ref>. Antaranya adalah novel "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, dan “Badai Semalam” dan “Dekat Disayang Jauh Dikenang”. Novel “Laila Azwa Gadisku” telah dijadikan filem televisen. Sementara novel “Mira Edora" dan "Pelangi Pagi” turut dijadikan filem dengan judul "[[filem Mira Edora|Mira Edora]]" dan "[[filem Bicara Hati|Bicara Hati]]".<ref>[http://www.asiaone.com/News/Latest%2BNews/Showbiz/Story/A1Story20090530-144919.html The News Straits Time, May 30, 2009]</ref>
 
Novel pertama dan paling terkenal hasil karyanya adalah novel “Badai Semalam” (1968) yang digunakan sebagai kukubuku teks di [[Singapore]] dan Malaysia<ref>Alaf21, Biodata Penulis, Badai Semalam, 2006</ref>. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris, “Storms of Yesterday”, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 dan ke [[bahasa Mandarin]] dan [[bahasa Sepanyol]], "Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. “Badai Semalam” diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh [[Alaf21]] dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia ("Malaysian Literature Series")<ref>[http://www.itnm.com.my Institut Terjemahan Negara Malaysia's web page]</ref>.
 
Novel “Merpati Putih Terbang Lagi” memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia. Novel ini turut diterjemahkan ke [[bahasa Jepun]] oleh Tatsun Hoshino. Novel “Exiled” telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa ("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. NovvelNovel “Langkah Pertama”nya telah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Mobil-MABOPA pada tahun 1995. Khadijah merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku kanak-kanaknya, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” dan “Siri Teladan dari Rimba” telah diterjemah ke [[bahasa Inggeris]] oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).
 
==Novel==