Perbezaan antara semakan "Anti manusia"

2 bait ditambah ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Perasaan anti manusia timbul apabila seseorang membuat generalisasi bahawa "semua manusia itu jahat". Malah, adapun [[Falsafah|ahli falsafah]] yang berpendapat bahawa "manusia dilahirkan dengan sifat yang jahat". Pendapat ini pernah dikemukakan oleh ahli falsafah [[China|Cina]], [[Xun Zi]] (荀子; k.k. [[310 SM|310]]–[[237 SM]]), yang berkata:
 
:"Manusia itu besifat jahat. Manusia yang baik adalah palsu kerana ia bertentangan dengan nalurinya yang paling asal. Sebagai satu sifatnya, manusia dilahirkan dengan keinginan terhadap keuntungan, sekiranya dituruti nafsu ini, maka perebutan akan berlaku sehingga matinya tolak ansur. Sebagai satu sifatnya, manusia dilahirkan dengan kebencian terhadap kepahitan, sekiranya dituruti nafsu ini, maka pengkhinat yang pentingkan selera diri akan muncul dan prinsip kesetiaan dan kejujuran akan lenyap. Manusia juga dilahirkan dengan kesukaan terhadap hiburan sensasi, sekiranya dituruti nafsu ini, maka kekecohan akan berlaku dan moral akan lenyap. Sekiranya dituruti kesemua fitrah manusia ini, maka manusia akan dipulangkan ke dalam keganasan. Oleh kerana manusia membawa sifat-sifat buruk ini, maka moral diwujudkan untuk mengawal manusia sehinggalah keamanan dipulihkan. Dengan itu, jelaslah bahawa fitrah manusia itu bersifat jahat, dan manusia yang baik sebenarnya satu kewujudan yang palsu."
 
"人之性恶,其善者伪也。今人之性,生而有好利焉,顺是,故争夺生而辞让亡焉;生而有疾恶焉,顺是,故残贼生而忠信亡焉;生而有耳目之欲,有好声色焉,顺是,故淫乱生而礼义文理亡焉。然则从人之性,顺人之情,必出于争夺,合于犯分乱理,而归于暴。故必将有师法之化,礼义之道,然后出于辞让,合于文理,而归于治。用此观之,人之性恶明矣,其善者伪也。"(荀子性恶篇第二十三)
839

suntingan