Kala Malam Bulan Mengambang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haji jamaluddin (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
MondalorBot (bincang | sumb.)
k Bot menambah: id:Kala Malam Bulan Mengambang; perubahan kosmetik
Baris 18:
'''Kala Malam Bulan Mengambang''' merupakan sebuah [[filem hitam putih]] yang menekankan penceritaan berkaitan [[jenayah]], [[gangsterism]], [[detektif]] dan [[misteri]]. Paling unik, filem ini disampaikan dalam bentuk ‘Neo-Noir’(hitam putih) bagi menyesuaikan kronologi penceritaan filem ini yang berlatarkan tahun [[1950-an]].<ref>http://www.gua.com.my/Entertainment/ReviewsMoviesDetail.aspx?ArticleID=926</ref> Ia sengaja dibuat dalam format warna hitam putih dengan tujuan menghargai para penggiat filem veteran dari zaman [[Studio Jalan Ampas]] hingga [[Studio Merdeka]].<ref>http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=news&id=357</ref> Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik dalam [[Festival Filem Malaysia]] ke-21.
 
== Sinopsis ==
{{Spoiler}}
‘Kala Malam Bulan Mengambang’ adalah sebuah filem hitam putih yang merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali [[purnama]] menjelang. Misteri bermula apabila [[tayar]] [[kereta]] Saleh, seorang [[wartawan]] ditusuk sesuatu yang menyerupai [[rangka]] tangan sedang memegang [[ukiran]] lama berbentuk [[keris]]. Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seakan-akan menghalaunya pergi dari situ. Semakin lama Saleh tinggal di pekan itu, semakin banyak perkara misteri berlaku. Ada orang tangan merah! Ada jembalang! Ada keris! Walaupun telah diberhentikan tugas sebagai wartawan tetapi naluri kewartawanan yang sangat kuat dalam dirinya menyebabkan Saleh bertekad merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun. Nantikan kemunculan ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, sebuah karya hitam putih berlatarkan tahun 1950-an yang dibintangi [[Rosyam Nor]], [[Umie Aida]], [[Farid Kamil]], [[Avaa Vanja]], [[Corinne Adrienne]], [[Bront Palarae]], [[Kuswadinata]], [[David Teo]], [[Mohd Hitler Zami]], [[Sofi Jikan]] dan [[Corrie Lee]].
 
== Trivia ==
Semasa krew filem ini sedang menjalani penggambaran di sebuah [[banglo]] lama di [[Klang]], pelakon filem ini, Corrie telah diganggu oleh [[makhlus halus]].<ref>http://www.gua.com.my/Entertainment/ReviewsMoviesDetail.aspx?ArticleID=926</ref>
 
== Pencapaian ==
==Pencapaian==
[[Festival Filem Malaysia Ke-21]],12 pencalonan:
* Filem Terbaik(Pemenang)
* Pengarah Terbaik-Mamat Khalid(Pemenang)
* Pelakon Lelaki Terbaik-Rosyam Nor(Pemenang)
* Pereka Busana/Kostum Terbaik -Nasirah Ramlan(Pemenang)
* Penataan Seni Terbaik-Nazrul Ashraff (Pemenang)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-[[Farid Kamil]]
* Skor Muzik Asal Terbaik-Ahmad Kamal Baharudin
* Pelakon Harapan Wanita-Avaa Vanja
* Penyuntingan Terbaik -Affandi Jamaludin
* Penataan Bunyi Terbaik-Azman Hassan
* Cerita Asal Terbaik-Mamat Khalid
* Lakon Layar Terbaik-Mamat Khalid<ref>http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Kala_Malam_Bulan_Mengambang__566</ref>
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
 
* [http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Kala_Malam_Bulan_Mengambang__566 Kala Malam Bulan Mengambang di Sinema Malaysia]
 
[[kategoriKategori:Filem arahan Mamat Khalid|Kala Malam Bulan Mengambang]]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2008|Kala Malam Bulan Mengambang]]
 
[[id:Kala Malam Bulan Mengambang]]
[[en:Kala Malam Bulan Mengambang]]