Perbezaan antara semakan "Dragon Ball Kai"

2,378 bait ditambah ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
| ShortSummary = Berbalik ke rumah Datuk Kame, Chi Chi mendapati Goku sudah mula pulih. Raksasa itu menggunakan penyengat di ekornya untuk menyerap tenaga hayat seseorang sehingga cair. Raksasa itu tahu nama Pikolo dan mengatakan bahawa dia adalah abangnya. Pahlawan Z yang lain teransang dengan jumlah ''Ki'' yang sangat besar dan mari daripada orang yang berbeza termasuk Goku. Semua pahlawan Z kemudiannya berkumpul di satu tempat dan tenaga kuat itu juga wujud di tempat lain. Gohan pergi melihat ayahnya dan melihat ayahnya masih tidur. Hal ini bermakna tenaga kuat itu bukan dari Goku. Kurilin dan Trunks terbang menghala Bandar Halia di mana Pikolo dan raksasa itu bertarung. Android-android itu merasakan getaran atmosfera dan menyatakan salah satu daripada pembaca tenaga bagi musuh Android 17. Pikolo mula menyerang dan raksasa itu mengelak dan kemudian menggunakan Makansappo kepada Pikolo. Pikolo terkejut besar dan berjaya menempis serangan itu. Raksasa itu memberitahu Pikolo bahawa dia tidak setanding dengan Pikolo kerana belum mencapai 'tahap sempurna'. Justeru, disebabkan itulah dia menyerap tenaga manusia untuk meningkatkan tenaga hayatnya. Raksasa itu juga memberitahu bahawa dia sendiri yang menghantar dirinya kembali ke mesin masa. Dia mengembalikan dirinya ke dalam peringkat telur dan muatkan diri ke dalam mesin masa. Selepas itu, dia mengejutkan Pikolo dengan menggunakan teknik [[Kamehameha]] dan cuba menyerap Pikolo. Namun, Pikolo sempat melarikan diri tetapi tangan kirinya sudah kecut disedut. Raksasa itu menggelarkan dirinya 'Cell' dan dia mengakui bahawa dia adalah salah satu android.
| LineColor = 0CA7ED
}}
{{Japanese episode list
| EpisodeNumber = 70
| EnglishTitle = Teknik Lari, Taiyoken! Serangan Android Cell!
| KanjiTitle = 渦巻く策略、太陽拳!人造人間セルを追え
| JapaneseTitle = Esukēpu senjutsu, Taiyoken! Jinzōningen Seru no kōgeki
| OriginalAirDate = 29 Ogos 2010<ref name="Episode" />
| ShortSummary = Cell menerangkan yang dia dihasilkan oleh komputer milik Doktor Gero. Suatu masa dahulu, Doktor Gero telah memulakan pencarian sel-sel pahlawan-pahlawan terkuat untuk mengkaji bagaimana dia boleh sintesiskan satu android daripada sel-sel itu. Walau bagaimanapun, kerja ini mengambil masa yang sangat lama. Lama-kelamaan, Doktor Gero telah berputus asa tetapi komputer itu masih beroperasi. Sel Pikolo, Goku dan Bezita telah diambil semasa pertarungan dengan Bezita buat kali pertama. Mereka juga mendapat sel Frieza dan bapanya semasa datang ke Bumi yang menyebabkan bacaan ''Ki'' yang berbeza. Satu robot pengintip kecil yang sama dengan Cell telah digunakan untuk mengumpul sel-sel dan menghantarnya ke koputer itu. Kemudian, Pikolo menghancurkannya. Walaupun makmal Doktor Gero sudah musnah, masih terdapat satu bilik kecil yang mana terdapat komputer itu. Cell juga menerangkan bagaimana dia boleh kembali ke bentuk telur dan memerlukan masa tiga tahun di bawah tanah untuk matang semula. Dia pergi semula ke masa lampau kerana penyedutan tenaga manusia masih tidak mencukupi untuk mencapai peringkat sempurna. Dia memang perlu untuk menyerap tenaga daripada #17 dab #18. Pada masa depan #17 dan #18 sudah tidak wujud tetapi nasib baik Trunks ada mesin masa. Cell membunuh Trunks dan kembali ke masa lampau untuk mencari #17 dan #18. Destinasi mesin masa ialah pada era itu kerana Trunks sudah pun menetapkan akan kembali ke era itu. Komputer itu juga memberitahu Cell bahawa jika dia dapat mencapai peringkat sempurna, dia tidak dapat ditandingi lagi. Selepas mendapat maklumat itu, Pikolo mencabut tangan kirinya dan menumbuhkan semula. Semasa Pikolo dan Cell hendak bertarung semula, Trunks dan Kurilin sampai. Peluang untuk menang tipis bagi Cell. Justeru, dia melarikan diri dengan membutakan mata mereka sementara dengan teknik ''Taiyoken'' dan menghala ke Nicky Town. Bezita tiba dan merasai bacaan ''Ki'' yang besar dari Pikolo. Ten Shin Han tiba dan Pikolo menerangkan kepada semua mengenai Cell.
| LineColor = DCBCFF
}}
|}
224

suntingan