Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Mengganti Kategori:Perang Dunia II
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 37:
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
 
Kubu mesingan (''MG'') di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantaidi pantai dan membunuh banyakramai askar JepunmJepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
 
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosimembolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
 
==9 Disember 1941==