Perbezaan antara semakan "Kekhalifahan Cordoba"

tiada ringkasan suntingan
=== Kenaikan ===
[[Abd-ar-Rahman I]] menjadi Amir Córdoba pada tahun 756 selepas enam tahun tamatnya pemerintahan Khalifah kerajaan Umaiyah di Damsyik pada tahun 750. Untuk mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah yang menentang pengaruh Umaiyah dan menyatukan beberapa kawasan.
 
[[File:Lamezquitacordoba.jpg|thumb|left|The exterior of Mezquita]]
 
Pemimpin wilayah terus menggunakan gelaran amir atau sultan sehinggalah pada abad ke 10, apabila Abd-ar-Rahman III telah menghadapi ancaman penaklukan daripada kerajaan Fatimiyah di Kaherah. Untuk membantunya di dalam usaha menentang kerajaan Fatimiyah yang menubuhkan Khilafah di utara Afrika, Abd ar-Rahman III telah memakai gelaran khalifah. Gelaran ini membolehkan beliau memperoleh kekuatan dan gelaran ini dikekalkan walaupun kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan.
Kematian [[al-Hakam II]] pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan Khilafah Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya [[Al-Hakam II]] telah menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai penggantinya. Memandangkan kanak-kanak tidak layak menjadi khalifah dan mempunyai darah keturunan yang sama dengannya, [[al-Mansur ibn Abi al-Aamir]] (Perdana Menteri kepada bapa Hisham), mengisytiharkan Hisham II sebagai khalifah. Ibn Al-Aamir menjadi pengawal kepada Hisham II dan menjadi pemangkunya sehingga beliau cukup umur. Oleh itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika dibandingkan dengan [[Abd-ar-Rahman III]]. Beliau tidak malu menggunakan paksaan untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat memadamkan pemberontakan tersebut.
 
Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi simbol dan ianya tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi rebutan. Khalifah kerajaan Umaiyah yang terakhir di Andalus ialah [[Hisham III]] (1027-1031). Dengan beberapa pecahan, Khilafah Cordoba akhirnya tumbang pada tahun 1031 dan berpecah kepada beberapa buah kerajaan yang berasingan.
 
== Ekonomi ==
Ekonomi telah berkembang maju di zaman Khilafah. Pada zaman permulaannya, kerajaan Kristian telah membayar ufti kepada Córdoba untuk menjamin keselamatan mereka. Pedagang-pedagang Muslim telah berdagang di Andalus dengan merentasi Mediterranean and lain-lain. Terdapat banyak kawasan perindustrian yang ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Khalifah iaitu tekstil, seramik, gelas, kerja logam dan pertanian telah memberi faedah kepada negara. Tarif amat berpatutan. Cukai yang dikenakan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian yang bernaung di bawah Khilafah juga adalah sumber lain pendapatan negara.
 
== Kesenian ==
Córdoba merupakan pusat perkembangan kesenian di Andalus. Masjid seperti [[Mezquita|The Great Mosque]], adalah menjadi titik perhatian bagi semua Khalifah. Córdoba adalah pusat intelektual sains di Andalus dengan kegiatan penterjemahan buku-buku dari bahasa Yunani purba kepada bahasa Arab, Latin and Hebrew. Bidang kegiatan sains, sejarah, geografi, falsafah dan sastera juga berkembang semasa zaman pemerintahan Khilafah. Sarjana-sarjana serta kebudayaan dari timur telah dibawa masuk ke al-Andalus. [[Ziryab]] telah memperkenalkan gaya berpakaian dan gaya rambut kepada Semenanjung Iberia seperti [[ubat gigi]] dan [[deodorant]].
 
 
 
== Senarai pemerintah ==
=== Emir Umayyah di Córdoba ===
 
* [[Abd-ar-Rahman V]], 1023–1024
* [[Muhammad III of Córdoba|Muhammad III]], 1024–1025
* Yahya ibn Ali ibn Hammud al-Mu'tali, 1025-1026
* [[Hisham III]], 1026–1031
199

suntingan