Perbezaan antara semakan "Kekhalifahan Cordoba"

tiada ringkasan suntingan
[[Fail:Mosque of Cordoba Spain.jpg|thumb|200px|right|Bahagian dalam [[Mezquita]], salah satu contoh terbaik seni bina Islam Umayyah di Sepanyol]]
'''Pemerintahan Khalifah Cordoba''' memerintah [[Semenanjung Iberia]] dan [[Afrika Utara]] dari bandar [[Cordoba]] bermula dari tahun 929 hingga tahun 1031. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam [[Sepanyol]] dibina dalam tempoh ini, antaranya [[Mezquita|Masjid Jami Cordoba]]. [[Abd al-Rahman III]] mengisytiharkan dirinya sebagai [[Khalifah]] pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba adalah ahli keluarga [[Bani Umayyah]]. Bani Umayyah memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756. Khilafah Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Khilafah Cordoba berakhir pada tahun 1031 dan telah menjadi beberapa buah wilayah yang berasingan.
 
=== Dinasti Umaiyah ===
=== Kenaikan ===
[[Abd-ar-Rahman I]] menjadi Amir Córdoba pada tahun 756 selepas enam tahun tamatnya pemerintahan Khalifah kerajaan Umaiyah di Damsyik pada tahun 750. Untuk mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah yang menentang pengaruh Umaiyah dan menyatukan beberapa kawasan.
 
 
== Kesenian ==
 
Córdoba merupakan pusat perkembangan kesenian di Andalus. Masjid seperti [[Mezquita|The Great Mosque]], adalah menjadi titik perhatian bagi semua Khalifah. Córdoba adalah pusat intelektual sains di Andalus dengan kegiatan penterjemahan buku-buku dari bahasa Yunani purba kepada bahasa Arab, Latin and Hebrew. Bidang kegiatan sains, sejarah, geografi, falsafah dan sastera juga berkembang semasa zaman pemerintahan Khilafah. Sarjana-sarjana serta kebudayaan dari timur telah dibawa masuk ke al-Andalus. [[Ziryab]] telah memperkenalkan gaya berpakaian dan gaya rambut kepada Semenanjung Iberia seperti [[ubat gigi]] dan [[deodorant]].
 
== Senarai pemerintah ==
=== Emir Umayyah di Córdoba ===
199

suntingan