Dinasti Jin, 1115–1234: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 93:
[[Image:Premongol.png|thumb|left|Peta [[Asia]] dan sebahagian [[Eropah]] dan [[Afrika]] sekitar tahun 1200]]
Dinasti Jin telah diasaskan di utara [[Manchuria]] oleh ketua puak [[orang Jurchen|Jurchen]], [[Wanyan Aguda|Wányán Āgǔdǎ]] (完顏阿骨打) pada tahun 1115. Pada tahun 1125, beliau telah berjaya menjatuhkan [[dinasti Liao]] yang berkuasa ke atas [[utara dan selatan China|utara China]], termasuk [[Manchuria]] dan sebahagian kawasan [[Mongol]] selama beberapa abad. Pada 9 Januari, 1127, tentera Jin [[peristiwa Jingkang|menjarah]] [[Kaifeng]], ibukota bagi [[dinasti Song Utara]], dan menawan [[Maharaja Qinzong dari Song China|Maharaja Qinzong]], dan bapa beliau, [[Maharaja Huizong dari Song China| Maharaja Huizong]], yang melepaskan takhta dalam keadaan panik selepas berhadapan dengan tentera Jin. Berikutan dengan kejatuhan Kaifeng, tentera Song di bawah kepimpinan [[dinasti Song Selatan]] terus berperang selama sedekad dengan tentera Jin, sebelumnya akhirnya menandatangi [[Perjanjian Shaoxing]] pada tahun 1141, melepaskan kesemua tanah Song di utara [[Sungai Huai]] kepada Jin dan menghukum mati Jeneral Song, [[Yue Fei]] sebagai pertukaran untuk keamanan.
 
===Penghijrahan ke selatan===
[[Image:Jade ornament with grape design.jpg|thumb|left|Barang perhiasan [[jed]] dengan rekabentuk bunga, Dinasti Ji, [[Muzium Shanghai]].]]
Selepas mengambil alih [[utara dan selatan China|utara China]], dinasti Jin menjadi semakin ''sinize''. Kira-kira tiga juta penduduk, separuh darinya adalah [[orang Jurchen]], berpindah ke selatan memasuki China selama lebih dua dekad, dan puak minoriti ini memerintah ke atas kira-kira tiga puluh juta penduduk. Orang Jurchen telah diberi geran tanah dan menguruskan masyarakat seramai 1,000 keluarga (猛安 - ''meng'an'') dan 100 keluarga (謀克 - ''mouke''). Ramai yang mengahwini orang Han, walaubagaimanapun sekatan bagi bangsawan Jurchen untuk mengahwini Han tidak ditarik balik sehinggalah pada tahun 1191. Selepas [[Maharaja Taizong dari Jin| Maharaja Tàizōng]] (太宗) meninggal dunia pada tahun 1135, tiga orang maharaja Jin selepasnya merupakan cucu kepada [[Wanyan Aguda|Wányán Āgǔdǎ]] dari tiga orang putera berlainan. [[Maharaja Xizong dari Jin|Maharaja Xīzōng]] (熙宗) (r. 1135-1149) belajar klasik dan menulis sajak Cina. Beliau menerima pakai tradisi budaya Han, tetapi para bangsawan Jurchen memegang kedudukan teratas.
 
Tidak lama kemudian, Maharaja Xīzōng menjadi pemabuk dan menghukum mati ramai pegawai yang mengkritik beliau. Beliau juga membunuh para pemimpin Jurchen yang menentang beliau, meskipun mereka itu berasal dari puak keluarga Wanyan beliau sendiri. Pada tahun 1149, beliau telah dibunuh oleh satu klik rahsia dari kalangan bangsawan dan keluarga beliau, yang mana kemudian mengangkat sepupu beliau Wányán Liàng (完顏亮) sebagai maharaja seterusnya. Di sebabkan kekejaman beliau di dalam polisi dalam dan luar, selepas meninggal dunia Wanyan Liang dilucutkan daripada gelaran maharaja. Akibatnya, para [[sejarawan]] biasanya merujuk beliau dengan nama selepas dunia sebagai [[Maharaja Hailingwang dari Jin|Putera Hǎilíng]] (海陵王).<ref name="multiref1">http://www.san.beck.org/AB3-China.html#9</ref>
 
==Lihat juga==