Shah Jahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Muhd Along (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 37:
==Pemerintahan==
Shah Jahan menaiki takhta kerajaan Moghul selepas kemangkatan ayahandanya Jahangir pada tahun 1627. Zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Empayar Mughal. Seperti Akbar, beliau juga berusaha meluaskan empayarnya. Peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahannya ialah kemusnahan [[kerajaan Ahmednagar]] (1636), kehilangan wilayah [[Kandahar]] kepada [[Empayar Parsi]] (1653), dan perang yang kedua untuk menakluki wilayah Deccan (1655). Pada tahun 1658, Shah Jehan telah jatuh sakit, dan puteranya [[Sultan Aurangzeb]] telah mengurungnya di bandar [[Agra]] sehingga kematiannya pada tahun 1666. Pada peristiwa menjelang kematiannya pada tahun 1666, [[Empayar Mughal]] telah berkembang seluas {{convert|750000000|acre|km2}}.
 
==Perkahwinan==
[[File:Mumtaz Mahal.jpg|thumb|left|170 px|Mumtaz Mahal]]
Pada tahun 1607 M. (1025 H.), Khurram telah berkahwin dengan [[Arjumand Banu Begum]], iaitu cucu kepada seorang bangsawan Parsi yang berusia 14 tahun ketika itu. Selepas perkahwinan, Shah Jahan telah memberikan gelaran "Mumtaz Mahal" (Mutiara Istana) kepada isterinya.
 
[[Mumtaz Mahal]] mempunyai 14 orang anak. Beliau selalu mengiringi Shah Jahan ke medan perang. Setelah kematiannya ketika melahirkan anaknya yang ke 14, Shah Jahan tidak lagi berkahwin.
 
==Jasa-Jasa==