Perbezaan antara semakan "Hari Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
(kemas)
'''Hari Malaysia''' disambut pada [[16 September]] setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan [[Malaysia]] di tarikh yang sama pada tahun [[1963]]. Ia menandakan penyertaan bersama [[MalayaTanah Melayu]], [[Borneo Utara]] (kini [[Sabah]]), [[Sarawak]], dan [[Singapura]] bagi membentuk Malaysia.
 
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada [[1 Jun]] [[1963]] namun kemudiannya ditangguhkan ke [[31 Ogos]] [[1963]] bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan [[Indonesia]] dan [[Filipina]] untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke [[16 September]] pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini [[Sabah]]) dan [[Sarawak]].<ref>''A marriage that was doomed from the start''. [[New Straits Times]]. 4 Ogos, 2007.</ref>
 
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri [[Sabah]] sempena hari keputeraan [[Yang Di-Pertua Negeri]]. Ia bukan merupakan cuti am di [[Sarawak]] dan [[Semenanjung Malaysia]].<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=356533 Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat]</ref> Mulai tahun [[2010]], Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=447846 Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum], Bernama</ref>
586

suntingan