Bolt (filem 2008): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 20:
 
== Sinopsis ==
Seorang perempuan bernama Penny dan anjing peliharaannya, Bolt berlakon dalam rancangan televisyen "Bolt" di mana Bolt kononnya ada kuasa untuk mengalahkan musuhnya, Dr. Calico. Oleh kerana Bolt hidup dalam dunia perfileman, dan percaya bahawa dia memiliki kuasa seperti yang dilakonkannya, maka dia tidak tahu macamana mahu hidup seperti anjing sebenar. Setelah selesai menjalankan satu episod drama, Bolt percaya bahawa Penny diculik lantas meninggalkan set dramanya. Namun, Bolt tersilap apabila dia termasuk ke dalam kotak yang berisi Styrofoam dan dibawa ke dalam lori ke New York, 5000 kilometer jauh dari Hollywood, Los Angeles.
 
Setibanya di sana, Bolt bertemu Mittens, seekor kucing hitam bermata hijau. Oleh kerana Mittens bermata hijau dan kononnya dialah kucing kepada Dr Calico, maka Bolt meminta tolongnya untuk pulang ke Hollywood. Mereka pun memulakan perjalanan mereka merentasi Amerika Syarikat. Sedang di Hollywood, Penny sedih kerana ditinggalkan oleh Bolt. Namun pengarah drama itu ahu menggantikan Bolt dengan yang serupa dengannya. Sepanjang perjalanan Bolt, Bolt memberitahu bahawa salakan terkuatnya tidak berfungsi.