Lori: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
=== Enjin pembakaran dalaman ===
Pada tahun [[1895]], [[Karl Benz]] mencipta lori pertama yang menggunakan [[enjin pembakaran dalaman]]. Pada penghujung tahun berkenaan juga, lori ciptaan Benz telah diubahsuai menjadi model [[bas]] terawal oleh ''Netphener'', syarikat bas terawal. 3 tahun kemudian, [[Gottlieb Daimler]] turut membina model lorinya sendiri, diikuti dengan [[Peugeot]] dan [[Renault]]. Lori-lori pada masa itu menggunakan [[enjin petrol]] 2 silinder dengan kapasiti muatan antara 1,500 kg ~ 2,000 kg.
 
Selepas [[Perang Dunia Pertama]], lori terus menerima pembaharuan hasil perkembangan teknologi automotif. Antaranya termasuklah [[penghidup elektrik]], [[brek angin]], [[tayar]] pneumatik dan sistem lampu elektrik. Lori-lori pada zaman tersebut mula menggunakan enjin berbilang silinder, daripada 4 silinder sehinggalah 8 silinder untuk lebih kuasa.
 
=== Enjin diesel ===