Wikipedia:Pandangan berkecuali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 9:
 
 
== Sejarah NPOV ==
NPOV merupakan polisi yang tertua di Wikipedia.
* "[http://nupedia.8media.org/policy.shtml#nonbias Polisi pendirian tidak berat sebelah] untuk [[Nupedia]] didraf oleh [[Larry Sanger]] pada musim bunga ataupun musim panas tahun 2000.
Baris 16:
* Draf Larry kemudian dialihkan ke halaman ini, dan telah disunting oleh ramai penyunting. Halaman ini merupakan perkembangan perumusan yang terkini.
 
== Sudut pandangan berkecuali ==
Sudut pandangan berkecuali merupakan satu cara untuk menyelesaikan pandangan yang bertentangan. Sewaktu terdapatnya pandangan yang bertentangan, polisi ini memerlukan pandangan dikemukakan, tetapi tidak ditegaskan. Kesemua perkara harus dikemukakan, bukan sahaja perkara yang popular. Tidak dikatakan bahawa pandangan yang terpopular atau pandangan kompromi merupakan pandangan yang betul. Pembaca-pembaca tertinggal untuk membentukkan pendapat sendiri.
 
Sebagaimana namanya mengatakan, sudut pandangan berkecuali cuma merupakan salah satu daripada sudut-sudut pandangan. Ia adalah sudut pandangan yang berkecuali — ia tidak bersimpati dengan perkara itu ataupun menentanginya.
 
Perdebatan-perdebatan digambarkan, dirupakan, serta disifatkan, tetapi tidak ditengkar. Latar belakang diberikan tentang siapa mempercayai apa dan alasannya, serta pandangan mana satu yang lebih popular. Rencana-rencana yang terperinci mungkin mengandungi penilaian bagi setiap sudut pandangan, tetapi jangan menyatakan mana satu yang lebih baik. Anda boleh menganggapkan sesuatu rencana yang tidak berat sebelah sebagai pemerian perdebatan yang objektif, adil dan beranalisis. Sewaktu kecenderungan terhadap sesuatu sudut pandangan dikesan, rencana itu harus diperbaiki.
 
== Sikap berat sebelah ==
{{main articles|[[Sikap berat sebelah]], [[Pendirian media yang berat sebelah]]}}
 
[[imageFail:Wikipedia scale of justice.png|thumb|right|200px|[[Wikipedia]] mengamalkan polisi '''bukan berat sebelah'''.]]
 
NPOV memerlukan pandangan dirupakan tanpa berat sebelah. Pendirian berat sebelah merupakan kecenderungan terhadap sesuatu sudut pandangan ataupun ideologi. Seseorang dikatakan mempunyai ''pendirian berat sebelah'' jika ia dipengaruhi oleh kecenderungannya. Sikap berat sebelah boleh menyebabkan seseorang menerima ataupun menolak kebenaran sesuatu dakwaan tanpa berdasarkan kekuatan dakwaan itu, tetapi kerana ia tidak selaras dengan pendapat-pendapat praanggapnya.
Baris 39:
* Pendirian berat sebelah [[geografi]] yang mungkin memerikan pertikaian di dalam sebuah negara, tanpa menyedari bagaimana pertikaian itu diwajahkan di tempat-tempat lain.
 
== Taakulan NPOV ==
Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia am, iaitu ia adalah gambaran pengetahuan manusia pada suatu tahap keumuman. Akan tetapi manusia tidak bersetuju tentang kes-kes yang tertentu; bagi mana-mana satu topik yang mempunyai pandangan yang bersaingan, setiap pandangan merupakan gagasan yang berbeza tentang kebenaran itu, dan sejauh yang mana pandangan itu menyangkal pandangan-pandangan yang lain, penyokong-penyokongnya akan menganggap pandangan-pandangan itu ''salah'' dan oleh itu, bukannya ''pengetahuan''. Di mana terdapatnya pertentangan pendapat terhadap apakah yang merupakan kebenaran, di situ juga terdapatnya pertikaian tentang apa yang merupakan pengetahuan. Wikipedia dapat berjaya kerana ia merupakan usaha sama; tetapi sewaktu bekerja bersama-sama, bagaimanakah kita dapat menyelesaikan masalah [[perang penyuntingan]], umpamanya seorang pengguna menegaskan ''p,'' dan kemudiannya pengguna yang lain menukarkan teksnya supaya menegaskan bahawa ia ''bukannya p''?
 
Baris 54:
Kerajaan-kerajaan totalitarian dan institusi-institusi dogmatik di mana-mana sahaja akan mencari sebab-sebab untuk menentangi Wikipedia, jika kita berjaya untuk berpegang teguh pada polisi nyah berat sebelah: penyampaian banyak teori yang bertentangan terhadap pelbagai perkara yang meluas mengatakan bahawa kita, iaitu pencipta-pencipta Wikipedia, percaya terhadap keupayaan pembaca-pembacanya untuk membentukkan pendapat mereka sendiri. Teks yang menyampaikan sudut pandangan berbilang yang adil tanpa mendesak pembaca bersetuju dengan mana-mana satunya, adalah amat membebas. Keberkecualian mengelakkan [[dogmatisme]], dan hampir kesemua orang yang mengerjakan Wikipedia dapat bersetuju bahawa ini adalah perkara baik.
 
== Cabang POV ==
{{Main|Wikipedia: Kandungan bercabang}}
 
''Cabang POV'' merupakan satu percubaan untuk mengelakkan garis panduan NPOV melalui penciptaan rencana baru terhadap sesuatu perkara yang mana rencananya telah sedia ada. Rencana itu dicipta semata-mata untuk mengelakkan ataupun untuk menegaskan sudut pandangan atau fakta yang negatif ataupun positif. Secara amnya, perbuatan ini tidak dapat diterima. Polisi yang diterima umum adalah bahawa kesemua fakta dan sudut pandangan utama tentang sesuatu perkara harus dikemukakan dalam satu rencana.
 
== Pengutamaan yang tidak berpatutan ==
NPOV mengatakan bahawa sesuatu rencana harus menyampaikan kesemua sudut pandangan yang penting, seimbang dengan pentingnya. '''Pembatasan yang mustahak berikut.''' Rencana-rencana yang membandingkan sudut pandangan tidak perlu mengemukakan pandangan kelompok minoriti dengan sama mendalam seperti pandangan yang lebih popular. Ia juga tidak harus mengemukakan sudut pandangan kelompok minoriti yang amat kecil; umpamanya, rencana [[Bumi]] cuma menyebut teori [[Bumi Datar]] dengan sepintas lalu kerana pandangan ini hanya dipegang oleh kelompok minoriti yang amat kecil. Kita harus tidak mencuba menyampaikan sesuatu pertikaiaan seakan-akan pandangan yang dipegang oleh kelompok minoriti patut diberikan perhatian yang sama dengan pandangan majoriti. Tambahan juga, pandangan-pandangan yang dipegang oleh kelompok minoriti yang amat kecil harus tidak disampaikan kecuali dalam rencana-rencana yang khusus untuk pandangan tersebut. Perhatian keterlaluan yang diberikan kepada pandangan kelompok minoriti yang utama, ataupun pemasukan pandangan kelompok minoriti yang amat kecil mengelirukan bentuk pertikaian. Wikipedia bertujuan menyampaikan pandangan-pandangan yang bersaingan yang seimbang dengan penyataan ahli-ahli pakar dalam perkara itu, ataupun antara parti-parti yang berkenaan.
 
Baris 72:
Khususnya, untuk memerincikan komen yang terakhir, jika anda kini dapat membuktikan sesuatu yang tiada orang percaya, Wikipedia bukannya tempat untuk menyampaikan buktinya. Selepas anda membuktikan dan membincangkannya di tempat lain, bahan-bahan itu boleh dirujukkan.
 
== Perumusan yang mudah ==
Kami kekadang memberikan perumusan alternatif untuk polisi nyah berat sebelah: menegaskan fakta, termasuknya fakta-fakta tentang pendapat — tetapi jangan menegaskan pendapat-pendapat pada dirinya sendiri. Terdapatnya perbezaan yang besar antara fakta dan nilai ataupun pendapat. Dengan "fakta", kami bermaksud "sesuatu maklumat yang tidak mempunyai pertikaian yang penting". Dengan erti kata ini, kajian yang menghasilkan sesuatu maklumat terbitan ialah fakta. Yang terdapatnya planet yang digelarkan Marikh ialah fakta. Yang Plato merupakan ahli falsafah ialah fakta. Tiada orang akan mempertikaikan hal-hal tersebut. Oleh itu, kita dapat ''menegaskan'' seberapa yang dapat tentang hal-hal tersebut.
 
Sebaliknya, dengan nilai atau pendapat, kami bermaksud "sesuatu maklumat yang terdapatnya pertikaian". Sememangnya, terdapatnya [[meta:kes-kes pinggiran|kes-kes pinggiran]] yang kita tidak pasti adakah kita harus mengambil berat tentang sesuatu pertikaiaan; tetapi terdapatnya banyak kenyataan yang amat jelasnya menyampaikan nilai-nilai dan pendapat-pendapat. Bahawa pencurian adalah salah merupakan nilai ataupun pendapat. Bahawa [[Beatles]] adalah pancaragam yang teragung ialah nilai ataupun pendapat. Bahawa Amerika Syarikat adalah salah kerana menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ialah nilai ataupun pendapat.
Baris 83:
Tetapi adalah tidak ''mencukupi'' hanya untuk menyatakan bahawa polisi nyah berat sebelah Wikipedia adalah untuk menyatakan fakta dan bukannya pendapat. Sewaktu menegaskan fakta ''tentang sesuatu pendapat'', adalah mustahak ''juga'' bahawa anda menegaskan fakta-fakta ''tentang pendapat-pendapat yang bertentangan'', dan membuatnya tanpa membayangkan bahawa mana-mana satunya adalah betul. Adalah penting secara amnya bahawa anda mengemukakan fakta-fakta tentang alasan-alasan di belakang sudut-sudut pandangan itu, serta menjelaskan siapakah yang memegang sudut-sudut pandangan itu. Biasanya, adalah terbaik jika anda dapat [[Wikipedia:Menyebut sumber-sumber|menyebutkan nama-nama wakil yang terkenal bagi setiap sudut pandangan]].
 
== Komponen penting: Penyelidikan yang baik ==
Pertentangan pendapat terhadap soalan adakah sesuatu merupakan ''Sudut Pandangan Berkecuali'' (NPOV) biasanya boleh dielakkan melalui amalan penyelidikan yang baik. Fakta-fakta (seperti yang ditakrifkan dalam perenggan terdahulu) bukannya ''Sudut-sudut Pandangan'' (POV) yang biasa dimaksudkan. POV digunakan di sini untuk bermaksud "kebalikan NPOV".
 
Baris 90:
Lagi satu pertimbangan yang penting adalah bahawa sumber-sumber yang mempunyai reputasi yang lebih kurang sama kekadangnya menyangkal. Dalam kes tersebut, teras polisi NPOV adalah untuk merangkumi pendekatan-pendekatan yang bersaingan dalam halaman yang sama: berhasrat untuk ''keseimbangan'', iaitu: membahagikan ''ruang'' yang menghuraikan sudut pandangan yang bertentangan mengikut reputasi sumber-sumbernya. Dan, jika sedia ada, berikanlah keutamaan kepada sumber-sumber yang paling berjaya menyampaikan fakta-fakta dengan cara yang seimbang.
 
== Keadilan dan nada bersimpati ==
Jika kita hendak menyifatkan pertikaian dengan adil, kita harus menyampaikan pandangan-pandangan yang bersaingan dengan nada yang sentiasa positif dan bersimpati. Banyak rencana sudahnya menjadi komentar berat sebelah ''walaupun ia masih'' menyampaikan kedua-dua sudut pandangan. Walaupun sesuatu sudut pandangan disampaikan melalui fakta berbanding pendapat, ia masih boleh membayangkan sesuatu pendirian melalui pemilihan fakta-fakta untuk dikemukakan, ataupun secara tidak ketara, melalui penyusunan rencana itu — umpamanya, menyangkal pandangan-pandangan bertentangan semasa menulis akan menyebabkan pandangan-pandangan itu kelihatan lebih buruk berbanding hanya mengumpulkannya dalam bahagian yang dikhaskan untuk pendapat-pendapat penentang.
 
Sebaliknya, kita harus menulis rencana-rencana dengan nada bahawa ''kesemua''' pendirian yang dikemukakan adalah mungkin, serta mengingati pembatasan yang terpenting terhadap pandangan-pandangan kelompok minoriti yang keterlaluan. Marilah kita menyampaikan kesemua pandangan penting yang bersaingan secara bersimpati. Kita boleh menulis dengan sikap bahawa itu-dan-itu adalah gagasan yang baik, tetapi dari sudut pandangan beberapa pengkritiknya, perincian ini-dan-ini telah terlepas perhatian penyokong-penyokong sudut pandangan itu.
 
== Penyifatan pendapat-pendapat mengenai karya orang lain ==
Satu kes tersendiri ialah penyataan pendapat-pendapat estetik. Rencana-rencana Wikipedia mengenai seni, artis, dan topik-topik kreatif yang lain (umpamanya, ahli musik, pelakon, buku, dll) sering cenderung kepada keterlaluan. Ini tidak selaras dengan sifat sebuah ensiklopedia. Kami mungkin tidak dapat bersetuju bahawa seseorang itu merupakan pemain gitar yang teragung dalam sejarah, tetapi ia mungkin adalah mustahak untuk memerikan bagaimana beberapa artis atau karyanya telah diterima oleh orang ramai ataupun ahli-ahli pakar yang terkenal. Memberikan gambaran keseluruhan untuk tafsiran-tafsiran biasa bagi sesuatu karya kreatif adalah sesuai, khususnya jika sebutan-sebutan dan rujukan-rujukan kepada individu-individu terkenal yang memegang tafsiran itu juga dapat diberikan. Umpamanya, bahawa Shakespeare telah [http://absoluteshakespeare.com/william_shakespeare.htm diakui secara meluas] sebagai salah satu daripada dramatis yang teragung dalam bahasa Inggeris ialah sedikit daripada pengetahuan yang seorang pembaca harus belajar daripada sebuah ensiklopedia. Bagaimanapun, untuk keberkecualian, seseorang harus mengetahui bahawa sebilangan cendekiawan memperdebatkan bahawa terdapatnya [http://www2.localaccess.com/marlowe/pamphlet/pamphlet.htm bukti-bukti yang kukuh] bahawa kebanyakan daripada karya-karya yang dikatakan ditulis oleh Shakespeare sebenarnya ditulis oleh Chritopher Marlowe yang hidup sezaman. Perhatikan bahawa menentukan bagaimana sesuatu artis atau karyanya diterima oleh orang ramai ataupun dengan kritis mungkin memerlukan penyelidikan — tetapi sewaktu ia ditentukan, satu kenyataan yang jelas tentang penerimaan oleh orang ramai itu merupakan pendapat yang benar-benar penting (berbanding pendapat seorang penulis rencana Wikipedia).
 
== Contoh ==
Melihat satu contoh teks yang berat sebelah dan kemudiannya melihat bagaimana ahli-ahli Wikipedia memperbaikinya mungkin dapat membantu.
 
Pada halaman [[pengguguran anak]] di Wikpedia bahasa Inggeris pada tahun 2001, sebilangan penyokong telah menggunakan halaman itu untuk bertukar kata-kata yang pedas kerana mereka tidak dapat bersetuju terhadap perkara-perkara yang harus dimasukkan ke dalam halaman itu, serta bagaimana pendirian-pendirian yang bersaingan harus disampaikan. Apa yang diperlukan — dan apa yang ditambahkan — ialah perbincangan yang mendalam tentang pendirian-pendirian yang berbeza-beza terhadap aspek-aspek pengguguran anak dari segi moral dan undang-undang pada zaman-zaman yang berlainan. Perbincangan pendirian-pendirian ini ditulis dengan mahir supaya tidak memihak mana-mana satu pendirian. Ini memudahkan penyusunan dan pemahaman tentang alasan-asalan terhadap perkara pengguguran anak yang kemudiannya disampaikan dengan bersimpati. Setiap pendirian dikemukakan dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
 
Terdapatnya banyak cerita-cerita yang berjaya tentang rencana yang bermula sebagai rencana berat sebelah tetapi dikemaskinikan oleh pengguna-pengguna yang mengambil berat terhadap penggambaran kesemua sudut pandangan dengan jelas serta bersimpati.
 
=== Contoh kedua ===
[http://en.wikipedia.org/wiki/User:Karada Karada] memberikan nasihat berikut dalam konteks rencana [[Saddam Hussein]] di Wikipedia bahasa Inggeris:
 
:Anda tidak ''perlu'' mengatakan bahawa orang itu jahat. Oleh itu, rencana [http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler Adolf Hitler] di Wikipedia bahasa Inggeris tidak bermula dengan "Hitler ialah seorang yang jahat" — kita tidak perlu berbuat demikian kerana perbuatan-perbuatannya menyabitkannya beribu-ribu kali. Kita cuma diperlukan menyenaraikan fakta-fakta [[Holokus]] tanpa dipengaruhi perasaan, dan suara orang-orang yang maut akan berteriak semula dalam cara yang menyebabkan perbuatan mencelanya dengan berbagai-bagai gelaran tidak berguna ataupun tidak perlu. Sila berbuat serupa: senaraikan jenayah-jenayah Saddam, dan [[Wikipedia:Menyebut sumber-sumber|menyebut sumber-sumber anda]].
 
=== Menyusun semula perkataan dalam ayat yang mungkin bersifat berat sebelah ===
Kekadangnya, sesuatu kenyataan yang mungkin berat sebelah boleh disusun semula menjadi versi berkecuali. Umpamanya, perkataan-perkataan "John Doe ialah seorang pemain besbol yang terbaik" boleh ditulis semula menjadi "Kemahiran besbol John Doe telah dipuji oleh ramai orang". Lagi baik ialah "Kemahiran besbol John Doe telah dipuji oleh orang-orang dalam besbol seperti Al Kaline dan Joe Torre", asalkan kenyataan-kenyataan itu adalah betul dan dapat [[Wikipedia:Ketentusahan|ditentusahkan]]. Serupa jaga, "Joe Bloggs mempunyai tabiat yang buruk" boleh ditulis semula menjadi "Joe Bloggs sering dikritik kerana tabiatnya oleh pemerhati-pemerhati seperti Momar Kadafi dan Anwar Saddat."
 
== Bantahan dan penjelasan ==
Yang berikut ialah senarai bantahan-bantahan yang biasa, ataupun soalan-soalan mengenai polisi nyah berat sebelah Wikipedia, diikuti dengan jawapan-jawapannya.
 
=== Tiadanya perkara seperti keojektifan ===
Bantahan yang biasa ini membayangkan salah faham tentang polisi berkecuali. NPOV tidak mengatakan bahawa terdapatnya [[Keobjektifan (falsafah)|keobjektifan yang mutlak]]. Gagasan di belakang NPOV bukannya untuk mencapai keobjektifan yang unggul tetapi sewaktu keadaan berat sebelah dapat dikesan, ia juga dapat dihapuskan.
 
Baris 159:
Ya, khususnya sewaktu mengolahkan rencana yang memerlukan sudut pandangan antarabangsa. Kewujudan rencana-rencana yang ditulis dan diterjemahkan ke dalam Wikipedia Melayu dari sudut pandangan Amerika Syarikat dan Britain cuma membayangkan fakta bahawa terdapatnya ramai rakyat Amerika Syarikat dan Britain yang mengerjakan projek ini, dan sesetengah penyumbang Wikipedia Melayu pula menterjemah rencana bulat-bulat daripada bahasa Inggeris tampa mengambil-kira pembetulan tumpuannya. Bagi rencana yang diusahakan sendiri secara tempatan pula, ada kemungkinan bahawa mereka mempunyai tumpuan Melayu berlebihan kerana ini merupakan Wikipedia Melayu. Akan tetapi, Wikipedia ini turut mendukung sudut pandangan antarabangsa dan sebarang kepincangan daripada arah itu bolehlah ditujukkan dengan [[Wikipedia:Anggaplah niat baik|niat baik]] untuk timbangtara. Masalah tumpuan ini tidak tartakluk kepada Wikipedia Melayu sahaja, malah juga yang lain mengikut budaya, seperti Wikipedia Perancis mempunyai tumpuan berat sebelah bangsa Perancis, dan Wikipedia Cina mempunyai tumpuan berat sebelah bangsa Cina.
 
=== Ketidakberkecualian sebagai alasan untuk penghapusan ===
''Polisi keberkecualian kekadangnya dipergunakan sebagai alasan untuk memadamkan teks yang diperlihatkan sebagai berat sebelah. Adakah ini merupakan masalah?''
 
Baris 169:
''Saya bersetuju dengan polisi nyah berat sebelah tetapi terdapatnya beberapa orang di sini yang kelihatannya mempunyai sikap berat sebelah yang tidak dapat dibetulkan. Saya harus selalu memperbaiki rencana-rencana mereka. Apakah yang saya harus buat?''
 
Kecuali kes-kes itu benar-benar tidak dapat dibetulkan, mungkinnya cara yang terbaik ialah untk anda menarik perhatian khalayak ramai kepada masalah itu serta mengemukakan nama pelaku-pelaku halaman itu (dengan cara yang [[Wikipedia:Wikipetiket|sopan]] — seseorang akan mendapat lebih serangga dengan madu berbanding cuka), dan meminta pertolongan. Sila lihat [[Wikipedia:Menyelesaikan pertikaian|Penyelesaian pertikaian]] untuk gagasan-gagasan yang lebih banyak.
 
Harus terdapatnya satu tahap yang mana minat terhadap satu projek yang ''benar-benar'' terbuka dan yang didorong oleh minat kebanyakan penulis akan menyebabkan kita dapat membuat kerja tanpa sentiasa memerlukan pembetulan gangguan oleh orang-orang yang tidak menghormati polisi kita ini.
Baris 180:
Sewaktu pertikaian tertimbul terhadap apakah sesuatu rencana harus menyatakan, ataupun apakah yang benar, kita harus tidak mengambil pendirian berkelahi; kita harus bersungguh-sungguh menilai sejenak dan menanyakan diri, "Bagaimanakah pertikaian ini dapat disifatkan dengan adil?" Ini harus ditanyakan berulang kali sewaktu setiap perkara baru yang menyebabkan pertikaian tertimbul. Adalah bukan tugas kita untuk menyunting Wikipedia supaya membayangkan sudut pandangan kita sendiri dan kemudiannya mempertahankan suntingan itu daripada pengguna-pengguna yang lain; sebaliknya, ia bukan sahaja tugas kita untuk bekerjasama melalui penambahan ataupun pembaikan kandungan, tetapi juga, jika perlu, untuk bertolak ansur tentang bagaimana sesuatu perbalahan harus diperikan supaya dapat mencapai keadilan bagi semua pihak.
 
=== Membuat anggapan yang perlu ===
''Bagaimana dengan kes yang kita harus membuat anggapan yang mungkin akan menimbulkan perbalahan, umpamanya sewaktu menulis sebuah siri rencana mengenai perkara am? Itulah keadaan, umpamanya sewaktu menulis tentang evolusi. Tak kan kita diperlukan mengemukakan perdebatan evolusi lawan kreasionisme pada setiap halaman itu?
 
Baris 221:
* [[MeatBall:AssumeGoodFaith|Menganggap suci hati]] dan
* [[MeatBall:NeutralPointOfView|Sudut pandangan berkecuali]], kedua-duanya berada di [[WikiMeatball]].
* [http://www.cjr.org/issues/2004/6/mooney-science.asp Diperbutakan oleh Sains: Bagaimana Liputan yang ‘Seimbang’‘Seimbang’ Membenarkan Kumpulan Pinggiran Sains Merampas Kenyataan] - Chris Mooney, Ulasan Kewartawanan Columbia. Amaran yang bernilai kepada ahli-ahli Wikipedia mengenai bagaimana sesebahagian kaedah yang dipergunakan untuk mengimbangkan liputan boleh menyebabkan pelaporan yang berat sebelah, tidak tepat dan mengelabu.
* Sudut pandangan berbilang: sila lihat [[WikiCities:c:religion-wiki:Religion-wiki:Multiple points of view|Religion-wiki: Sudut pandangan yang berbilang]]
 
{{Polisi dan garis panduan Wikipedia}}
<!-- Pautan antara bahasa -->
 
[[Kategori:Sudut pandangan Wikipedia yang berkecuali|*]]
 
<!-- Pautan antara bahasa -->
 
[[af:Wikipedia:Neutrale standpunt]]
Baris 294 ⟶ 293:
[[sk:Wikipédia:Nestranný uhol pohľadu]]
[[sl:Wikipedija:Nepristranskost]]
[[ckb:ویکیپیدیا:بێلایەنانەبوونی ڕوانگە]]
[[sr:Википедија:Неутрална тачка гледишта]]
[[sh:Wikipedia:Neutralan stav]]
Baris 306:
[[tr:Vikipedi:Tarafsız bakış açısı]]
[[uk:Вікіпедія:Нейтральна точка зору]]
[[ur:منصوبہ:متعادل نقطۂ نظر]]
[[fiu-vro:Wikipedia:Eräpoolõlda saisukotus]]
[[yi:װיקיפּעדיע:נייטראל]]