Tidung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
==Masyarakat Tidung Tawau==
 
Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah '''golongan nelayan'''. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil '''perahu Kajang'''. Selain itu, adamereka dijuga kalanganmengusaha masyarakattanaman Melayupadi Tidungbukit yangsebagai mengusahakansumber penangkapanmakanan secaraharian '''kelong'''mereka. seperti di '''Kuala Sungai Imam''' dan '''Kuala Sungai Merotai'''.
 
Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh pihak British pada tahun '''1896''' , kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan lain seperti di '''Apas''' ( di sebelah timur Tawau ) dan '''Merotai''' ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai ''''Tanjung''''. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.
 
Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesu'''ltanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama wujud penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan''', kampung tertua di Tawau yang terletak di bawah naungan '''Kesultanan Bolongan-Tarakan'''. Juga terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung di '''Serudong''' ( berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan '''Datu Alun''' yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan. Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana.
Baris 20 ⟶ 22:
 
Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, '''tarian zapin''' atau zipin serta alat muzik seperti '''gambus dan kompang''' yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.
 
 
==Pemimpin Masyarakat Tidung di Tawau==