Genetik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: qu:Hinitika; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:Sky spectral karyotype.gif|thumb|Kariotip perempuan normal. Perhatikan penyusunan 23 pasangan kromoson mengikut saiz, daripada yang terbesar hingga yang terkecil diikuti oleh kromosom seks (di sini sepasang kromosom X bagi wanita).]]
'''Genetik''' merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun [[bakteria]]. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian [[Gregor Mendel]]. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam [[kromosom]] yang dibentuk daripada molekul [[DNA]] dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.
 
Baris 11:
 
== Prinsip-prinsip asas genetik Mendelian ==
[[ImejFail:Danzig Gregor Mendel 10 Pf 1939.jpg|thumb|Bapa sains genetik, Gregor Mendel]]
Melalui pembiak-bakaan dalam pokok kacang pis (''Pisum sativum''), Mendel medapati bahawa progeni memiliki rupa kedua-dua induk bunga jantan dan betina tanpa menghasilkan rupa perantaraan. Sebahagian besar eksperimen Mendel melibatkan pokok-pokok berbaka tulen kerana ia memudahkan pengukuran ciri-ciri yang "mutlak" seperti warna, bentuk, dan kedudukan anak pokok. Hasil eksperimennya banyak menggunakan analisis statistik dan prinsip kebarangkalian yang melibatkan saiz sampel yang besar, yang mengukuhkan lagi hasil penemuannya. Mendel mengatakan bahawa:
 
Baris 22:
== Pengecualian daripada hukum Mendel ==
 
=== Kesan Poligen/Aditif ===
 
Sesetengah ciri individu ditentukan oleh kesan gabungan beberapa gen. Ini dikenali sebagai ciri '''poligenik''' atau '''selanjar'''. Salah satu ciri poligenik ialah '''warna kulit''' dimana warna kulit seseorang adalah hasil dan interaksi beberapa gen yang mengkodkan warna kulit.
 
=== Kodominan ===
 
[[ImejFail:Co-dominance Rhododendron.jpg|thumb|Bunga azalea merah jambu dan putih; contoh pewarisan kodominan]]
Bagi sesetengah ciri, dua alel boleh disifatkan sebagai kodominan. Ini bermakna kedua-dua alel diekspreskan dalam individu heterozigus, contohnya, orang yang memiliki darah jenis AB dalam '''sistem darah ABO'''. Bila darah dianalisis, inidividu berdarah AB mempunyai sifat kedua-dua darah A dan B. Fenotipnya bukan perantaraan darah A dan darah B.
 
=== Pengekspresan perantaraan/dominan tidak lengkap ===
 
Fenotip campuran boleh hadir apabila terdapat alel separa lengkap menghasilkan '''ciri perantaraan''' dalam individu '''heterozigus'''. Bunga primrose heterozigus yang berwarna merah jambu merupakan hasil induk bunga merah dan putih.
 
=== Penetrans tidak lengkap ===
 
Gen yang tidak penetran sepenuhnya tidak diekspreskan tanpa kehadiran faktor luaran tertentu. Contohnya, seseorang individu yang sihat boleh memiliki gen yang bertanggungjawab untuk '''penyakit diabetes jenis 2''' jika permakanannya dijaga. Gen yang menyebabkan sklerosis berganda (multiple sclerosis) tidak aktif tanpa jangkitan virus Epstein-Barr.
 
=== Pleiotropi ===
 
Satu gen boleh menyebabkan lebih daripada satu jenis penyakit. Ini dinamakan fenomena pleiotropi. Penyakit anemia sel sabit melibatkan pewarisan satu jenis gen yang boleh mencetuskan pelbagai masalah kepada jantung, hati, buah pinggang, dan mata disebabkan pembentukan sel darah merah yang abnormal.
Baris 47:
 
=== Kromosom ===
[[ImejFail:Polyten chromosome.jpg|thumb|Kromosom politen merupakan jenis kromosom yang mempunyai salinan DNA berganda kerana tidak mengalami pembahagian sel]]
 
{{utama|Kromosom|}}
Baris 66:
 
==== Transformasi ====
[[ImejFail:Transduction (genetics)en.svg|thumb|Transduksi. 1) Virus melekapkan diri pada reseptor pada permukaan sel bakteria 2) Virus mengambil-alih sistem replikasi dan metabolisme perumah untuk pemprosesan komponen virus seperti DNA dan kapsul 3) Virus-virus baru dihasilkan 4) Sesetengah virus membawa DNA bakteria daripada serangan lama 5) Kemasukan DNA virus 6) DNA virus temperat bergabung dengan DNA perumah]]
 
'''Transformasi''' banyak dilakukan dalam makmal untuk menghasilkan bakteria yang mempunyai kandungan genetik yang khas. Walaubagaimanapun, transformasi boleh berlaku secara semulajadi melalui penerimaan maklumat genetik daripada organisma yang sudah mati. Dalam mekanisme transformasi, fragmen DNA bebas daripada sel terpecah memasuki sel bakteria penerima yang hidup. Sel penerima mestilah daripada [[genus]] yang sama dan hadir dalam keadaan "kompeten". Sel yang kompeten bermakna sel berada dalam persekitaran dan memudahkan kemasukan unsur luar. Kemasukan DNA secara transformasi hanya boleh berlaku sebelum pembentukan dinding sel. DNA yang berjaya memasuki sel penerima boleh bergabung dengan kromosom perumah secara rekombinasi. Sel penerima kini dinamakan 'transforman' dan boleh mengekspres gen asing.
Baris 94:
<li>[[Teknologi DNA rekombinan]]</li>
 
== Pautan luar ==
* http://cogweb.ucla.edu/ep/DNA_history.html
 
 
 
[[Kategori:Biologi]]
Baris 161 ⟶ 159:
[[pt:Genética]]
[[ro:Genetică]]
[[qu:Kawsaqpa kaqninkuna saqiyHinitika]]
[[ru:Генетика]]
[[sq:Gjenetika]]