Tun Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 17:
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.
 
Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada [[1488]] dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetaptetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.
 
Beliau meninggal dunia pada tahun [[1498]] ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu [[Sultan Muzaffar Syah]], [[Sultan Mansur Syah]], [[Sultan Alauddin Riayat Syah]] dan [[Sultan Mahmud Syah]]. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik [[Tun Perpatih Putih]], adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.