Yusuf Rawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
typo
Baris 39:
Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.
 
Kerjaya politik beliau mulai bersinar apabila menewaskan Dr. Mahathir Mohamed pada pilihan raya umum 1969. Beliau menang dengan kelebihan 989 undi. Pada era PAS bersama BN, beliau adalah salah seorang ahli parlimen PAsPAS yang dilantik menjadi menteri.
 
Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham [[Mohd Asri bin Haji Muda|Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda]] semasa muktamar pada [[23 Oktober]] [[1982]] yang mendesak perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.