Buka menu utama

Perubahan

membersihkan, mengemaskini rencana, replaced: Image: → Imej: (9) using AWB
[[ImageImej:LocationBritishMalaya.png|thumb|250px|British Malaya diantara 1909 dan 1946.]]
{{Sejarah Malaysia}}
 
{{main|Sejarah Pulau Pinang moden}}
Pada pertengahan abad ke-18, syarikat-syarikat British boleh didapati berdagang di [[Tanah Melayu|Semenanjung Tanah Melayu]]. Pada April 1771, Jourdain, Sulivan dan de Souza, sebuah syarikat [[United Kingdom|British]] yang berpusat di [[Madras]], [[India]] menghantar Sir [[Francis Light]] untuk berjumpa dengan [[Muhammad Jiwa Shah]], sultan [[Kedah]], bagi membuka pasaran perdagangan di negeri itu. Light juga merupakan kapten dalam [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]].
[[ImageImej:Georgetown.jpg|thumb|250px|left|Georgetown, ibu kota Pulau Pinang. Di seberang selat ialah Seberang Perai (''Province Wellesley'') di tanah besar.]]
 
Pada waktu yang sama, Sultan Kedah menghadapi banyak ancaman luaran yang mencabar kuasa baginda di Kedah. [[Thailand|Siam]] yang berperang dengan [[Myanmar|Burma]] melihatkan Kedah sebagai sebuah [[negeri lindungan]], dan sering menuntut Kedah menghantar tentera bantuan. Bagaimanapun, Kedah berkeberatan bersekutu dengan Siam.
 
===Melaka===
[[ImageImej:A famosa.jpg|thumb|250px|left|British merobohkan Kota [[A Famosa]] yang didirikan oleh [[Portugal|Portugis]] atas alasan strategik.]]
{{see|Kesultanan Melaka}}
 
{{main|Penubuhan Singapura moden}}
{{see|Kesultanan Johor}}
[[ImageImej:Map of Singapore.jpg|thumb|left|250px|1888 Peta Singapura Jerman.]]
 
Singapura Moden ditubuhkan oleh Sir [[Stamford Raffles]] dengan banyak bantuan daripada Mejar Farquhar. Sebelum menubuhkan Singapura, Raffles adalah Leftenan Gabenor Jawa dari 1811 hingga 1815. Pada tahun 1818, beliau dilantik sebagai Gabenor [[Benkulin]]. Menyedari bagaimana Belanda memonopoli perdagangan di [[Kepulauan Melayu]], Raffles yakin bahawa pihak British memerlukan sebuah tanah jajahan perdagangan yang baru untuk menentang kuasa perdagangan Belanda. Penyelidikan berbulan-bulan membawanya ke Singapura, sebuah pulau di hujung Semenanjung Melayu. Pulau ini diperintah oleh seorang [[temenggung]].
 
===Negeri-negeri Selat===
[[ImageImej:Stamp Straits Settlements 1883 4c.jpg|thumb|right|100px|Setem pos Negeri-negeri Selat dari tahun 1883.]]
{{main|Negeri-negeri Selat}}
 
 
===Negeri-negeri Melayu Utara dan Siam===
[[ImageImej:Thailand.gif|thumb|right|250px|Tekanan British dan Perancis memaksa Siam untuk melepaskan tuntutannya terhadap wilayah Indochina dan Semenanjung Melayu.]]
{{main|Perjanjian Burney}}
{{main|Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909}}
 
Semasa Perak meningkatkan operasi pelombongan secara berterusan, negeri itu mengalami kekurangan buruh. Untuk mengatasi masalah ini, [[Long Jaafar]], seorang pentadbir Melayu, menjemput orang-orang Cina dari Pulau Pinang untuk bekerja di Perak, khususnya di [[Larut]]. Menjelang dekad [[1840-an]], jumlah penduduk Cina di Perak meledak. Pendatang-pendatang baru sering merupakan ahli kongsi gelap Cina. Dua kongsi gelap terbesar ialah [[Kongsi Ghee Hin|Ghee Hin]] dan [[Hai San]]. Kedua-dua kumpulan ini selalu mencuba menambah pengaruh mereka di Perak dan ini sering mengakibatkan pertempuran kecil. Pertempuran-pertempuran kecil itu mencapai tahap yang tidak dapat dikawali, dengan Menteri Besar [[Ngah Ibrahim]] juga tidak dapat menguatkuasakan kedaulatan undang-undang dengan berkesan.
[[ImageImej:SultanAbdullahPerak.jpg|thumb|left|200px|Raja Abdullah, kemudiannya Sultan Perak.]]
 
Pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa di istana Perak. Sultan Ali mangkat pada tahun 1871. Pewarisnya adalah [[raja muda]]nya, [[Raja Abdullah]]. Walaupun demikian, beliau tidak menghadiri pengebumian ayahnya. Amat serupa dengan kes Tengku Hussein dari Johor, Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan yang baru oleh menteri-menteri Perak. Sebaliknya, pewaris yang kedua selepas Raja Muda, iaitu [[Raja Bendahara]] Raja Ismail, menjadi sultan Perak.
{{see|Perang Klang}}
 
Bersama-sama dengan Perak, [[Selangor]] yang merupakan lagi sebuah negeri Melayu yang terletak di sebelah sempadan selatan Perak, juga mempunyai banyak mendapan timah di sekitar [[Hulu Selangor]] di utara, [[Hulu Klang]] di kawasan tengah, dan [[Lukut]] yang berdekatan dengan Negeri Sembilan di selatan. Pada sekitar tahun 1840, pelombongan timah menjadi sebuah industri yang besar di bawah pimpinan Raja Jumaat dari Riau. Usaha Raja Jumaat diganjar oleh [[Sultan Muhammad dari Selangor]] yang melantik beliau sebagai pentadbir Lukut pada tahun 1846. Menjelang dekad [[1850-an]], kawasan ini muncul sebagai salah satu petempatan yang paling moden di Semenanjung Melayu, jika Negeri-negeri Selat tidak diambil kira. Pada suatu ketika, terdapat tidak kurang daripada 20,000 orang buruh yang kebanyakannya merupakan orang Cina yang diimport dari China. Raja Jumaat meninggal dunia pada tahun 1864, dan kematiannya mengakibatkan kekosongan pimpinan. Perlahan-lahan, Lukut merosot dan dilupakan.
[[ImageImej:KualaLumpurAbdulSamadBldg.jpg|thumb|right|250px|Kuala Lumpur ialah bandar raya terbesar serta ibu negara Malaysia.]]
 
Sementara itu, Hulu Klang mencapai pertumbuhan yang tidak pernah berlaku dahulu, disebabkan oleh pelombongan timah. Antara tahun 1849 dan 1850, [[Raja Abdullah bin Raja Jaafar]], sepupu Raja Jumaat, dilantik sebagai pentadbir Klang oleh Sultan Selangor. Semasa kepentingan ekonomi Lukut perlahan-lahan merosot, ekonomi Hulu Klang sedang memuncak. Ini menarik banyak buruh, khususnya pendatang-pendatang Cina yang pernah bekerja di Lukut, untuk berpindah ke sini. Seorang yang bertanggungjawab untuk memujuk orang-orang Cina untuk berpindah dari Lukut ke Hulu Klang ialah Sutan Puasa dari [[Ampang]]. Beliau membekalkan lombong-lombong jajahan di Hulu Klang dengan berbagai-bagai barang, termasuk [[beras]] dan [[candu]]. Ketika Hulu Klang menjadi makmur, banyak petempatan lain mula ditubuhkan. Salah dua daripada petempatan-petempatan yang baru ini ialah [[Kuala Lumpur]] dan [[Klang]] menjelang akhir dekad [[1860-an]]. Seorang [[kapitan]] Cina yang bernama [[Yap Ah Loy]] memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Kuala Lumpur.
 
===Sungai Ujong, Negeri Sembilan===
[[ImageImej:Flag of Negeri Sembilan.svg|thumb|250px|Bendera Negeri Sembilan.]]
[[Negeri Sembilan]] merupakan lagi satu pengeluar timah yang utama di Tanah Melayu. Pada tahun 1869, perebutan kuasa antara [[Tengku Antah]] dan [[Tengku Ahmad Tunggal]] berlaku ketika kedua-dua putera itu berhasrat untuk menjadi [[Yamtuan Besar]] (pemerintah Negeri Sembilan) yang berikut. Pertikaian antara kedua-dua putera ini membahagikan gabungan dan mengancam kebolehpercayaan pembekalan timah dari Negeri Sembilan.
 
479

suntingan