Perbezaan antara semakan "Sempadan Malaysia–Thailand"

membersihkan, mengemaskini rencana, replaced: Image: → Imej: (2) using AWB
(membersihkan, mengemaskini rencana, replaced: Image: → Imej: (2) using AWB)
[[ImageImej:150251400 f118c3e188 o.jpg|250px|right|thumb|Pusat imegresen di Rantau Panjang, Kelantan.]]
'''Sempadan Malaysia-Thailand''' adalah '''sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand'''. Sempadan ini dibentuk pada 1909, berikutan [[Perjanjian Inggeris-Siam 1909]]. Jarak sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand dianggarkan sejauh 646  km. Dari jumlah tersebut, sejauh 551  km adalah sempadan darat (land boundary )manakala 95  km adalah sempadan mengikut thalweg (bahagian terdalam) aliran utama Sungai Golok, Kelantan. Bagi memantapkan lagi urusan sempadan Malaysia- Thailand, persetujuan untuk menanda dan mengukur sempadan antarabangsa Malaysia dan Thailand telah dibuat dengan menandatangani Memorandum Persefahaman di Bangkok, Thailand pada 8 September 1972. Pada masa kini, Kerja-kerja penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia dengan Thailand dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) secara bersama dengan Royal Thai Survey Department (RTSD). Kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat telah dimulakan pada 6 Julai 1973 dan kerja-kerja tersebut berakhir pada 26 September 1985. Dalam tempoh tersebut, sepanjang 543  km garis sempadan antarabangsa bersama (darat) telah ditanda dan diukur. Baki jarak sempadan darat di kawasan Bukit Jeli, Kelantan sepanjang 8.5  km walaupun telah ditanda dan diukur, tetapi memorandum persefahaman belum ditandatangani kerana adanya perbezaan pendapat dalam mentafsirkan perjanjian sempadan berkenaan. Pada tahun 1993, Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja siasatan, tanampastian dan penyelenggaraan secara berterusan ke atas tanda-tanda sempadan di sepanjang sempadan antarabangsa bersama yang didapati hilang, rosak atau terkeluar dari tempat asalnya. Setakat ini, jarak sempadan antarabangsa bersama sejauh 345.4  km (63%) di kawasan-kawasan membangun telah berjaya diselenggarakan. Kerja-kerja penyelenggaraan sempadan antarabangsa bersama ini telah ditangguhkan pada tahun 1999 untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja penandaan dan pengukuran di sepanjang Sungai Golok. Dalam keadaan tertentu, kerja-kerja ukuran penyelenggaraan dijalankan ke atas kawasan-kawasan yang dikenalpasti bersama dari semasa ke semasa bagi mengatasi masalah yang berbangkit. Seterusnya, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan tetap dan kekal di sepanjang Sungai Golok telah dimulakan pada 1 November 2000 dan masih diteruskan.
Pada tahun 1999 hingga 2000, kerja-kerja pengukuran yang meliputi pelbagai kerja-kerja ukuran kawalan
di sepanjang Sungai Golok telah dilaksanakan bersama Di sempadan, terdapat barriers yang dibina oleh Malaysia dalam 1996, untuk mencegah penyeludupan di beberapa kawasan sensitif.
 
Semasa [[Darurat Malaya]] dan [[Perang dengan Komunis|perang dengan Komunis ]] sehingga 1970-an, pemberontak komunis biasanya menyeberang masuk ke [[Thailand]], balik semula ke [[Semenanjung Malaysia|Malaya]] (dan akhirnya [[Malaysia]]) untuk mengelakkan penangkapan oleh Malaya dan tentera the [[Commonwealth of Nations|Komenwel]].
 
Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand. Daripada barat ke timur, mereka adalah [[Perlis]], [[Kedah]], [[Perak]] dan Kelantan. Di sebelah Thailand pula terdapat empat wilayah iaitu daripada barat ke timur, mereka adalah [[Wilayah Satun |Satun]], [[Wilayah Songkhla |Songkhla]], [[Wilayah Yala |Yala]] dan [[Wilayah Narathiwat |Narathiwat]].
==Rentasan di sempadan tanah Malaysian==
*[[Wang Kelian]], [[Perlis]]
*[[Sadao (town)|Sadao]], [[Wilayah Songkhla]]
*[[Betong, Thailand|Betong]], [[Wilayah Yala]]
*[[Ban Buketa]], [[Wilayah Narathiwat ]] ''(baru)''
*[[Sungai Golok]], [[Wilayah Narathiwat ]]
*[[Tak Bai]], [[Wilayah Narathiwat ]]
 
==Jalan Keretapi==
==Galeri==
<gallery>
ImageImej:95591405 0053b3c289 o.jpg|[[Rantau Panjang]], [[Kelantan]], [[Malaysia]].
</gallery>
 
479

suntingan