Perbezaan antara semakan "Perjanjian Inggeris-Siam 1909"

tiada ringkasan suntingan
 
= Latar belakang perjanjian =
Sebaik sahaja menerima surat Strobel, Paget telah memaklumkannya kepada Sir Edward Grey, Setiausaha bagi Urusan Luar Negara British. Paget menganggap cadangan Strobel itu sebagai ''"unlikely to present much difficulty"''.<ref>Surat Paget kepada Grey, 20 April 1907, FO 422/61</ref> Selain dari Kedah, Kelantan dan Terengganu, Paget mencadangkan kepada British menimbangkan juga negeri Perlis, Setul (sekarang Satun) dan Reman yang merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu yang tertakluk di bawah Perjanjian Rahsia (1897)berdasarkan alasan seperti ''"if then these States become British possessions, and, in addition, an Agreement can be made of a pure political nature to preclude any inconvenience acquisition of territory by a foreign power in the remainingof the peninsula, the advantage of the bargain would appear to be entirely on our side''.'' It is possible of course that when the supervision exercised by His Majesty's Goverment on the grant of Concessions is removed, foreign enterprise in the Siamese Malay States may to some extent increase, but the probability of this becoming a danger appears to me altogether remote. There would be no objection, in the event of this coversation being abrogated, tothe substituition of the another instrumnet of a pure political nature to preclude the acquisition by foreign powers of any harbour,strategical position, or coaling station, and containing possibly by a clause similiar to Article VII of the Franco-Siamese Treaty''".<ref>ibid</ref> Usaha keras Strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong Rajanubhab, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong kerana cuba menjejeaskan keutuhan wilayah Siam. Putera Damrong juga tidak malu jalan keretapi di Siam dibina oleh syarikat asing. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang pada 23 November 1907, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel kembali memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja dan beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah dan Perlis. Ralph Paget memberitahu Strobel akan hasrat British yang mahu mendapatkan Setul dan Patani (sekarang dikenali sebagai Satun) berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam dalam tempoh 90 hari sekiranya Raja Chulalongkorn tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. John Anderson menulis surat kepada Lord Elgin, Setiausaha Bagi Tanah Jajahan ''"I earnestly hope that, if it is impossible to obtain the whole area south of latitude 7, an effort will be made to secure Legeh and Rahman as well as the whole area south of three States. Perlis and Setul sould also be secured:they are dependencies of Kedah. Interest should, in view of the price of the Straits Loan, br fix at 4 percent but it would agree to 3 3/4 per cent if necessary to secure success of the negotiations"''.<ref> Anderson kepada Lord Elgin dalam Colonial Office kepada Foreign Office 6 Sept 1907, FO 422/61</ref> Namun begitu, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan. Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. Demi menyelamatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Di samping itu, Paget juga gagal mendapatkan Wilayah Setul daripada Siam apabila Raja Chulalongkorn enggan menyerahkannya atas alasan melindungi kepentingan orang sam-sam yang telah berhijrah dan mula bertambah di wilayah Setul. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan. Semasa rundingan tersebut pelbagai syarat yang dikenakan oleh Siam seperti pihak Britian perlu menanggung kos pembinaan jalan keretapi di Siam ketika itu. Kedua-dua pihak meneruskan perbincangan ini dari tahun 1907 hingga 1909.
 
 
Pengguna awanama