Perbezaan antara semakan "Perjanjian Inggeris-Siam 1909"

 
= Latar belakang perjanjian =
Sebaik sahaja menerima surat Strobel, Paget telah memaklumkannya kepada Sir Edward Grey, Setiausaha bagi Urusan Luar Negara British. Paget menganggap cadangan Strobel itu sebagai ''"unlikely to present much difficulty"''.<ref>Surat Paget kepada Grey, 20 April 1907, FO 422/61</ref> Selain dari Kedah, Kelantan dan Terengganu, Paget mencadangkan kepada British menimbangkan juga negeri Perlis, Setul (sekarang Satun) dan Reman yang merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu yang tertakluk di bawah Perjanjian Rahsia (1897)berdasarkan alasan seperti ''"if then these States become British possessions, and, in addition, an Agreement can be made of a pure political nature to preclude any inconvenience acquisition of territory by a foreign power in the remaining of the peninsula, the advantage of the bargain would appear to be entirely on our side''.'' It is possible of course that when the supervision exercised by His Majesty's Goverment on the grant of Concessions is removed, foreign enterprise in the Siamese Malay States may to some extent increase, but the probability of this becoming a danger appears to me altogether remote. There would be no objection, in the event of this coversation being abrogated, tothe substituition of the another instrumnet of a pure political nature to preclude the acquisition by foreign powers of any harbour,strategical position, or coaling station, and containing possibly by a clause similiar to Article VII of the Franco-Siamese Treaty''".<ref>ibid</ref> Usaha keras Strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong Rajanubhab, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong kerana cuba menjejaskan keutuhan wilayah Siam. Putera Damrong juga tidak mahu jalan keretapi di Siam dibina oleh syarikat asing. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang pada 23 November 1907, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel kembali memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja dan beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah dan Perlis. Ralph Paget memberitahu Strobel akan hasrat British yang mahu mendapatkan Setul dan Patani (sekarang dikenali sebagai Satun) berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam dalam tempoh 90 hari sekiranya Raja Chulalongkorn tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. John Anderson menulis surat kepada Lord Elgin, Setiausaha Bagi Tanah Jajahan ''"I earnestly hope that, if it is impossible to obtain the whole area south of latitude 7, an effort will be made to secure Legeh and Rahman as well as the whole area south of three States. Perlis and Setul sould also be secured:they are dependencies of Kedah. Interest should, in view of the price of the Straits Loan, br fix at 4 percent but it would agree to 3 3/4 per cent if necessary to secure success of the negotiations"''.<ref> Anderson kepada Lord Elgin dalam Colonial Office kepada Foreign Office 6 Sept 1907, FO 422/61</ref> Namun begitu, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan.Strobel menegaskan bahawa ''"that'' ''states was out of question, as the Siamese Government would...never consent its cession",'' beliau menambah bahawa "''the Siamese Government had done a great deal there recently, and the control exercised there was of a different charecter to that attained in the other States''...<ref>surat Backett kepada Paget 11 September 1907, FO 422/61</ref> Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. selain itu, Siam enggan serahkan Patani kerana British sendiri tidak mempunyai inisiatif menuntut wilayah itu. Menurut Chandran J,'' "alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada tahun 1902 manakala mereka telah menawan Sultan Patani. Setelah peristiwa itu, British memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam"''.<ref>C Chandran,J "Perjanjian 1909 Antara Inggeris dengan Siam serta latar belakangnya</ref> Demi menyelamatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Berkenaan dengan Wilayah Setul, terdapat perbezaan pendapat antara Stobel dan British. Strobel berpendapat setul mempunyai hubungan rapat dengan Phukuet kerana 60 % penduduk di situ adalah orang Sam-Sam yang memeluk Islam, tetapi Frost (British Konsul di Kedah) membantah dan melaporkan satu laporan kepada Setiausaha Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, Setul merupakan sebahagian dari Negeri Kedah dan tidak mempunyai hubungan dengan Phuket. Penduduk di Setul mengaku diri mereka Melayu dan bukannya orang Siam.<ref>surat Frost kepad High Commisioner 2 November 1907, FO 422/62</ref> Berhubung dengan Perlis dan Setul, Strobel berpendapat kedua-dua itu bukanlah merupakan sebahagian dari Kedah. Walaupun Gabenor kedua-dua negeri itu ditabalkan oleh Sultan Kedah tetapi pengesahannya dibuat oleh Raja Siam. Dari segi praktiknya, Perlis dapat dianggap sebahagian daripada Kedah tetapi berbeza dengan Setul kerana Setul''..."seperated from the States by a high range og mountains and is etnologically different...60 per cent of inhabitants being Sam Sam or Siamese who had embrace Mohammedanism (Sic :Islam".<ref>surat Backett kepada Grey, 6 Disember 1907, FO 422/61</ref> '' Oleh kerana itulah, Raja Chulalongkorn enggan melepaskan Setul kepada British.Berikutan itu, Paget mengakui British tidak akan Setul dan menyatakan dalam suratnya kepada Grey "..''Setul would not be of no great values to us, and although we might do doubt put forward a very good claim to its part of Kedah and secure it by insistence, I am inclined to thnik it would be more Politics to turn our claim to account by agreeing to renounce Setul if the Siamese Government will in its stead hand over to us the Lang-kawi Islands and that portion of Raman which comprise the watershed of the Perak River. Both these would constitute more velueable posessions to us than Setul. The Lang-kawi Islands furnish magnificent anchourages and such have been coveted by various foreign powers, whilst the lower part of Reman is rich in Tin''".<ref>surat Paget kepada Grey, 1 Januari 1908, FO 422/61</ref>British lebih mementingkan kepentingan yang diperolehinya daripada menuntut wilayah sebenar kepunyaan Kedah. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan apabila tugas Stroble diambil alih oleh Westengard, pemabntu Srobel. Perbincangan rasmi antara Strobel dengan Westengard telah berlangsung pada 25 Januari 1908. Perbincangan itu telah meneliti perkara-perkara pokok mengenai asas perjanjian.<ref>Memorandum by Mr Paget Respecting Conversation with Mr Westengard, 25 Januari 1908 dalam surat Paget kepada Grey 30 Januari 1908, FO 422/62</ref> Berkenaan tentang penyerahan wilayah, Paget telah mengemukakan hasrat British untuk mendapatkan Pulau Langkawi dan Legeh sungai Perak di wilayah Reman sebagai menggantikan Setul.Westengard memaklumkan, selepas berbincang dengan Raja Chulalongkorn dan Putera Damrong, bersetuju melepaskan "lower Raman" dan Pulau Langkawi tetapi dengan syarat British mesti bersetuju memberikan pinjaman kewangan bagi tujuan pembinaan jalan keretapi atas kadar 3 3/4 peratus.<ref>ibid</ref> Paget agak keberatan akan tuntutan Siam itu.Walau bagamanapun, perbezaan pandangan itu tidak menghalang dan menyulitkan kedua-dua pihak. Beberapa draf perjanjian telah disiapkan meliputi soal penyerahan wilayah, pembatalan Kovension Rahsia 1897, Juridiksi dan Keretapi Semenanjung Siam telah dipinda kedua-dua pihak sebelum ditandatangani.<ref>SejarahNikNik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah penggarisan dan penetapan sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dalam Jurnal Malaysia dari segi sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia. 1994.Kuala Lumpur</ref>
 
 
 
== Kesan Perjanjian 1909 ==
kedua-dua pihak iaitu British dan Siam jelas mementingkan status dan keuntungan masing-masing dalam mewujudkan perjanjian ini. British dan Siam dalam menentukan sempadan baru ini hanya berdasarkan pentadbiran berbanding elemen penting seperti soal kebudayaan geografi etnik agama dan kriteria lain<ref>Tan Sie Lan. 1992. Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909:Reaksi dan Implikasinya Terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara. UKM (tidak diterbitkan)</ref>. keengganan mereka ini menimbulkan masalah dan kesan berpanjangan kepada negeri-negeri Melayu bersekutu yang kini sebahagian dari Malaysia dan Wilayah Patani, Setul, Yala menjadi WIlayahWilayah Thailand.
Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa perjanjian itu bukan sahaja memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis kepada pemerintahan British tetapi jugak membuat penyesuaian besar kepada sempadan negeri yang sedia ada ketika itu. Perjanjian ini telah mengubah keluasan tanah-tanah negeri terbabit. Dapat dikatakan juga bahawa tujuan perubahan itu dibuat adalah bagi maksud untuk memindahkan seluruh lembah sungai kepada negeri-negeri tertentu.Umpamanya, penjuru sungai Reman di bawah kawalan Siamyang terletak dalam lembah sungai Perak telah diserahkan kepada Perak. Walau bagaimanapun, pembuat sempadan gagal mengambilkira pertimbangan yang sama sehubung dengan negeri Kelantan-Patani sebaliknya Sungai Golok telah dijadikan sempadan antarabangsa. Kesannya Kelantan kehilangan wilayah tabal (sekarang dikenali Tak Bai) kerana wilayah ini telah ditukarkan dengan daerah Reman.
 
== Rujukan ==
Pengguna awanama