Perbezaan antara semakan "Perjanjian Inggeris-Siam 1909"

== Kesan Perjanjian 1909 ==
kedua-dua pihak iaitu British dan Siam jelas mementingkan status dan keuntungan masing-masing dalam mewujudkan perjanjian ini. British dan Siam dalam menentukan sempadan baru ini hanya berdasarkan pentadbiran berbanding elemen penting seperti soal kebudayaan geografi etnik agama dan kriteria lain<ref>Tan Siew Lan. 1992. Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909:Reaksi dan Implikasinya Terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara. UKM (tidak diterbitkan)</ref>. keengganan mereka ini menimbulkan masalah dan kesan berpanjangan kepada negeri-negeri Melayu bersekutu yang kini sebahagian dari Malaysia dan Wilayah Patani, Setul, Yala menjadi Wilayah Thailand.
Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa perjanjian itu bukan sahaja memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis kepada pemerintahan British tetapi jugak membuat penyesuaian besar kepada sempadan negeri yang sedia ada ketika itu. Perjanjian ini telah mengubah keluasan tanah-tanah negeri terbabit. Dapat dikatakan juga bahawa tujuan perubahan itu dibuat adalah bagi maksud untuk memindahkan seluruh lembah sungai kepada negeri-negeri tertentu.Umpamanya, penjuru sungai Reman di bawah kawalan Siam yang terletak dalam lembah sungai Perak telah diserahkan kepada Perak. Walau bagaimanapun, pembuat sempadan gagal mengambilkira pertimbangan yang sama sehubung dengan negeri Kelantan-Patani sebaliknya Sungai Golok telah dijadikan sempadan antarabangsa. Kesannya Kelantan kehilangan wilayah tabal (sekarang dikenali Tak Bai) kerana wilayah ini telah ditukarkan dengan daerah Reman.Kesan seterusnya Negeri-Negeri Melayu Utara kehilangan beberapa Wilayah penting dan strategik seperti Kedah kehilangan Wilayah Sadoa, Setul, Pulau Terutau dan Pulau-Pulau sekitarnya. Perlis pula kehilangan wilayag Pujoh. Kelantan kehilangan wilayah Tabal. Oleh kerana Perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan Sultan Negeri- Negeri Melayu Utara, sudah tentulah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, Sultan Abdul hamid membuat bantahan kepada Williamson wakil kerajaan Siam. Menurut baginda, sempadan baru antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada. Putera Damrong sebelum itu telah memberitahu baginda akan sempadan baru antara Kedah dan Siam seperti mana yang terdapat dalam protokol sempadan Perjanjian Bangkok 1909.<ref>surat Putera Damrong kepada Sultan Kedah, 9 Julai 1909 High Commisioner Office 947/1909</ref> Baginda Sultan amat murka kepada Siam sehingga baginda pernah menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.<ref>Thamsook Numnonda. 19961966. The Anglo-Siamese Negotiations Regarding the Cession of Siamese Malay States 1907-1909 dlm Journal of Siam Sociesty. Bangkok</ref> Dalam surat baginda kepada Putera Damrong banginda menyataka kekecewaan kehilangan wilayah kedah tu.."''There is one thing regarding whick i ask for further consideration that is northern boundery. I ask be followed and that the farmer bondery be followe and that the Sadaow district and other district near Changloon an Terutau Islands remain in Kedah territory. If they are taken by Siam, kedah loses a large area of territory. Pelease instruct survey commisioner not to clear boundery lines untik this matter is settle".''<ref>surat Pince Damrong kepada Beckett, 28 Julai 1909, CO 273/353</ref>
 
== Rujukan ==
Pengguna awanama