Perbezaan antara semakan "Seni bela diri"

tiada ringkasan suntingan
k (bot mengubah: cbk-zam:Arte marcial; perubahan kosmetik)
'''Seni belapertahankan diri''' (''martial art'') merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan [[tradisi]] dengan atau tanpa [[senjata]] dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan [[senjata]] moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.
 
Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir [[daftar negara|setiap negara]] mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara [[ASEAN]] dan terdapat di [[Malaysia]], [[Indonesia]], [[Thailand]], dan [[Brunei]].
Pengguna awanama