Sempadan Malaysia–Thailand: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 36:
 
===Pertikaian Sempadan Perlis-Setul===
Selepas mencapai persetujuan itu, Suruhanjaya Sempadan memulakan kerja menetap dan menggariskan sempadan Perlis-Setul. Suruhanjaya bagaimanapun berdepa dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka. Kawasan Perlis-Setul merupakan kawasan bukit batu kapur. walaupun bukitnya tidaklah tinggi, lerengnya yang dikenali sebagai "wengs" agak curam dan dipenuhi dengan sarang lebah. Keadaan ini menyukarkan Suruhanjaya sempadan untuk mencari aliran sungai yang sebenar dan tambahan pula sungai di situ mengalir di bawah muka bumi menerusi timbunan batu kapur. Dengan adanya masalah ini, kerja-kerja menetap dan menggariskan sempadan telah ditangguhkan bagi membolehkan Suruhanjaya melakukan kajian lebih lanjut.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dariDari segi Sejarah;: Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur</ref>
Dalam pada itu, satu pertikaian telah berlaku antara wakil Suruhanjaya Siam dan British berhubung sempadan Perlis-Setul. Punca pertikaian ini timbul apabila pihak Siam mengemukakan cadangan agar bahagian selatan Bukit China diserahkan kepada Siam serta menjadikan Kaki Bukit sebagai garisan sempadan kerana pengairan sungai dari kawasan pergunungan ke Kaki Bukit telah membentuk garisan pemisah antara Setul-Perlis. Cadangan pihak Siam itu ditolak oleh British. Menurut Frost Penasihat British di Perlis, pihak Siam tidak mempunyai alasan munasabah bagi ''"departing from the'' ''watershed".<ref>Surat Frost kepada C Severn, 1 Mac 1910, CO 273/360</ref>Berdasarkan kriteria sempadan sungai (watershed Boundry), daerah Pujoh sepatutnya menjadi Hak Perlis tetapi Siam telah mengambil daerah itu melalui Perjanjian Bangkok 1909 walaupun dibantah oleh Raja Perlis. Oleh sebab itu, tidak wajar bagi Siam untuk mendapatkan wilayah di bahagian Selatan Bukit China, kebetulan pula kawasan yang dituntut Siam itu seperti Kampung Klian adalah kaya dengan hasil padi dan kelapa. Sementara itu, kawasan di sekitar Wang Tangga
kaya pula dengan Bijih Timah.
Baris 43:
'''Pertikaian Sempadan Kelantan-Patani'''
 
Kerja menetapkan sempadan Kelantan-Patani oleh Suruhanjaya telah bermula pada 9 Jun 1911.<ref>Surat H.S Mason kepada Anderson, 31 Julai 1911, CO 273/361</ref> Suruhanjaya di phakpihak Siam diwakili oleh Major-Jeneral Phya Sakda Bidaj sebagai Presiden, Phra Visai Luang Pitchet dan Kapten Luong Ron sementara di pihak British masih diwakili oleh Kolonel Jackson sebagai Presiden, Laidlaw J.M dan H.S Mason.<ref>ibid</ref>Suruhanjaya Sempadan British-Siam turut menghadapi pelbagai masalah dalam menetapkan garis sempadan di kawasan itu.Masalah itu berpunca daripada perbezaan tafsiran tentang kenyataan dalam protokol sempadan berhubung dengan punca kepada Sungai Golok. Kenyataan itu berbunyi:-
 
''"...watershed separating the waters of the sungei Pergau from the sungei Telubin to the hill called Bukit Jeli or the source of the main stream of the sungai Golok"''<ref>lihat perjanjian bangkok 10 Mac 1909</ref>
 
Di sekitar kaki Bukit Jeli itu terdapat dua sungai utama iaitu Sungai Sat dan Sungai Lanah. Anggota Suruhanjaya berbeza pendapat mengenai sungai manakah yang boleh dianggap sebagai punca utama bagi sungai Golok. Sungai Sat ialah sungai yang mengalir sejauh dua batu dari Bukit Jeli, manakala Sungai Lanah pula mengalir sejauh sembilan batu dari Bukit Jeli.<ref>Report on the Disputed Portion of Patani-Kelantan Section by Colonel Jackson, Surveyor-General FMS</ref>Bagi pihak British, sungai Sat merupakan hulu kepada Sungai Golok, tetapi wakil Siam berpendapat sungai Lanah adalah punca utama Sungai Golok. Masalah utama yang mengelirukan tafsiran ini adalah berpunca daripada penggunaan perkataan "or" (atau) dalam kenyataan itu. Pada pandangan kolonel Jackson, Presiden Suruhanjaya Bersama di pihak British, penggunaan perkataan "or" mungkin membawa maksud bahawa ''"the source of this main stream of the golok was presume to be in Bukit Jeli or intended that the line should be taken either to Bukit Jeli or to the source of the main stream of the Golok".''<ref>ibid</ref> Dengan demikian, pada pandangan Jackson, Sungai Sat sepatutnya diberikan keutamaan dibandingkan dengan Sungai Lanah. Ini kerana ''"the Sat rises sufficiently near Bukit Jeli to be considered as in line with the protocol, especially as it rises in a peak of the same hill range in Bukit Jeli".''<ref>ibid</ref> beliau menegaskan bahawa sekiranya kriteria sempadan geografi digunakan, Sungai Sat sepatutnya diambil kira sebagai punca utama kerana ia mengalir laju dengan kadar laju yang tinggi serta mempunyai kawasan yang lebar sekira dibandingkan dengan Sungai lanah yang lebih sempit dan mengalir dengan kadar perlahan. Bagi mengukuhkan lagi pandangannya, Jackson menegaskan bahawa penduduk tempatan juga sepakat mengatakan Sungai Sat adalah punca utama kepada Sungai Golok dan bukannya Sungai Lanah yang terletak jauh dari Bukit Jeli iaitu di deretan banjaran yang berbeza.
 
== Jalan Keretapi ==