Perbezaan antara semakan "Sempadan Malaysia–Thailand"

 
===Pertikaian Sempadan Perlis-Setul===
Selepas mencapai persetujuan itu, Suruhanjaya Sempadan memulakan kerja menetap dan menggariskan sempadan Perlis-Setul. Suruhanjaya bagaimanapun berdepa dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka. Kawasan Perlis-Setul merupakan kawasan bukit batu kapur. walaupun bukitnya tidaklah tinggi, lerengnya yang dikenali sebagai "wengs" agak curam dan dipenuhi dengan sarang lebah. Keadaan ini menyukarkan Suruhanjaya sempadan untuk mencari aliran sungai yang sebenar dan tambahan pula sungai di situ mengalir di bawah muka bumi menerusi timbunan batu kapur. Dengan adanya masalah ini, kerja-kerja menetap dan menggariskan sempadan telah ditangguhkan bagi membolehkan Suruhanjaya melakukan kajian lebih lanjut.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud. (1994). Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia Dari segiSegi Sejarah:. Persatuan Sejarah Malaysia Bil 22-1994: Kuala Lumpur</ref>
Dalam pada itu, satu pertikaian telah berlaku antara wakil Suruhanjaya Siam dan British berhubung sempadan Perlis-Setul. Punca pertikaian ini timbul apabila pihak Siam mengemukakan cadangan agar bahagian selatan Bukit China diserahkan kepada Siam serta menjadikan Kaki Bukit sebagai garisan sempadan kerana pengairan sungai dari kawasan pergunungan ke Kaki Bukit telah membentuk garisan pemisah antara Setul-Perlis. Cadangan pihak Siam itu ditolak oleh British. Menurut Frost Penasihat British di Perlis, pihak Siam tidak mempunyai alasan munasabah bagi ''"departing from the'' ''watershed".<ref>surat frost kepada C. Severn, 1 Mac 1910, CO 273/360</ref>Berdasarkan kriteria sempadan sungai (watershed Boundry), daerah Pujoh sepatutnya menjadi Hak Perlis tetapi Siam telah mengambil daerah itu melalui Perjanjian Bangkok 1909 walaupun dibantah oleh Raja Perlis. Oleh sebab itu, tidak wajar bagi Siam untuk mendapatkan wilayah di bahagian Selatan Bukit China, kebetulan pula kawasan yang dituntut Siam itu seperti Kampung Klian adalah kaya dengan hasil padi dan kelapa. Sementara itu, kawasan di sekitar Wang Tangga
kaya pula dengan Bijih Timah.
Pengguna awanama