Perbezaan antara semakan "Sempadan Malaysia–Thailand"

 
Di sekitar kaki Bukit Jeli itu terdapat dua sungai utama iaitu Sungai Sat dan Sungai Lanah. Anggota Suruhanjaya berbeza pendapat mengenai sungai manakah yang boleh dianggap sebagai punca utama bagi sungai Golok. Sungai Sat ialah sungai yang mengalir sejauh dua batu dari Bukit Jeli, manakala Sungai Lanah pula mengalir sejauh sembilan batu dari Bukit Jeli.<ref>Report on the Disputed Portion of Patani-Kelantan Section by Colonel Jackson, Surveyor-General FMS</ref>Bagi pihak British, sungai Sat merupakan hulu kepada Sungai Golok, tetapi wakil Siam berpendapat sungai Lanah adalah punca utama Sungai Golok. Masalah utama yang mengelirukan tafsiran ini adalah berpunca daripada penggunaan perkataan "or" (atau) dalam kenyataan itu. Pada pandangan kolonel Jackson, Presiden Suruhanjaya Bersama di pihak British, penggunaan perkataan "or" mungkin membawa maksud bahawa ''"the source of this main stream of the golok was presume to be in Bukit Jeli or intended that the line should be taken either to Bukit Jeli or to the source of the main stream of the Golok".''<ref>ibid</ref> Dengan demikian, pada pandangan Jackson, Sungai Sat sepatutnya diberikan keutamaan dibandingkan dengan Sungai Lanah. Ini kerana ''"the Sat rises sufficiently near Bukit Jeli to be considered as in line with the protocol, especially as it rises in a peak of the same hill range in Bukit Jeli".''<ref>ibid</ref> beliau menegaskan bahawa sekiranya kriteria sempadan geografi digunakan, Sungai Sat sepatutnya diambil kira sebagai punca utama kerana ia mengalir laju dengan kadar laju yang tinggi serta mempunyai kawasan yang lebar sekira dibandingkan dengan Sungai lanah yang lebih sempit dan mengalir dengan kadar perlahan. Bagi mengukuhkan lagi pandangannya, Jackson menegaskan bahawa penduduk tempatan juga sepakat mengatakan Sungai Sat adalah punca utama kepada Sungai Golok dan bukannya Sungai Lanah yang terletak jauh dari Bukit Jeli iaitu di deretan banjaran yang berbeza.
Namun begitu, pendapat jackson telah ditolak oleh Phya Sakda Bidaj, Presiden Suruhanjaya Siam. Menurutnya, Sungai Lanah yang sepatutnya dianggap dan dijadikan punca utama Sungai Golok.<ref>surat J.H Mason kepada Anderson, 31 Julai 1911, CO 273/374;Peta VI</ref> Selain itu, Sungai Buluh juga boleh dijadikan punca utama bagi Sungai Golok memandangkan sungai itu telah ditanda di atas peta yang dilampirkan dalam Perjanjian Bangkok.
Pandangan wakil Siam berhubung dengan Sungai Buluh ditolak oleh Jackson atas alasan peta itu ''"was very inacurrate and incomplete sketch map compiled from very scanty information".''<ref>lihat "report on the disputed Portion of Patani-Kelantan Saction by Colonel Jackson, Surveyor General FMS</ref> Dalam konteks ini Jackson menegaskan bahawa Sungai Buluh bukan merupakan sumber utama kepada Sungai Golok dan ia tidak patut dijadikan sebagai garis sempadan. Tambahan pula, lembah kawasan sungai tersebut merupakan satu kawasan penempatan. Misalnya, di tepi sungai buluh terdapat tujuh buah kampung dan kebanyakannya penduduk kasawasan itu terdiri daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Pada pandangannya, sekiranya Sungai Buluh dijadikan garis sempadan sudah tentu akan menimbulkan kesukaran pengurusan pentadbiran. Ini kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu mempunyai tanah sendiri di seberang lembah sungai tersebut. Kebiasaan mereka menggunakan sungai tersebut untuk mengerjakan sawah padi. tambahan pula, menurut J.M Favell, Ketua Juru Ukur Tanah, luas sungai Lanah empat kali luas dari sungai Buluh, manakala sungai Sat berkeluasan enam kali Sungai Buluh.<ref>ibid</ref> Atas alasan itulah Sungai Sat adalah lebih sesuai untuk dianggap sebagai sumber utama bagi Sungai Golok serta dijadikan garis sempadan-Kelantan Patani.
 
== Jalan Keretapi ==
Pengguna awanama