Siren: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Robbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: hu:Szirén (mitológia)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: it:Sirena; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:The_Siren.jpg|right|260px|thumb|'''Siren''', karya John William Waterhouse]]
 
Dalam [[mitologi Yunani]], '''Siren''' atau '''Seirenes''' (bahasa Yunani: Σειρῆνας) adalah makhluk legenda, termasuk kaum [[Naiad]] (salah satu kaum [[nimfa]]) yang hidup di lautan. Mereka tinggal di sebuah pulau yang bernama [[Sirenum Scopuli]] atau menurut beberapa tradisi berbeza, mereka tinggal di Tanjung Pelorum, pulau Anthemusa, pulau Sirenusian dekat [[Paestum]], atau di [[Capreae]], yang mana semuanya adalah tempat-tempat yang dikelilingi oleh [[batu karang]] dan tebing. Mereka menyanyikan lagu-lagu memikat hati yang membuat para pelayar yang mendengarnya menjadi terbuai sehingga kapal mereka nahas, akibat karang, dan tenggelam.
 
Diduga mereka adalah puteri-puteri [[Achelous]] (oleh [[Terpischore]], [[Melpomene]], atau [[Sterope]]) atau [[Porchys]]. Menurut sumber-sumber seperti karya “Homer”, jumlah mereka antara dua atau lima. Beberapa sumber dikumpulkan sehingga jumlah mereka adalah sembilan. Nama-nama mereka adalah:
* Aglaophonos atau Aglaope
* Leucosia
Baris 17:
 
 
== Rupa-rupa ==
Di [[Yunani]] pada mulanya, Siren dilukis sebagai burung berkepala besar dengan kaki bersisik, kadang-kadang sebagai bayangan hantu seekor singa. Kemudian, mereka dilukis sebagai susuk wanita berkaki burung, dengan atau tanpa sayap, memainkan alat musik, khususnya [[hap]]. "Suda", [[ensiklopedia]] [[abad ke-10]], menerangkan bahawa wujud Siren dari dada ke atas menyerupai [[Burung Gereja]], sedangkan badan bahagian bawah adalah wanita, atau kadang-kadang, mereka dilukis sebagai burung kecil berwajah wanita. Wujud burung dipilih kerana kelebihan mereka, yakni suaranya merdu. Kemudian, pada masa-masa berikutnya Siren juga kadang-kadang dilukis sebagai wanita cantik, atau bahkan sebagai [[puteri duyung]]. Dalam beberapa bahasa (seperti [[bahasa Sepanyol]], [[Bahasa Perancis|Perancis]], [[Bahasa Itali|Itali]], [[Bahasa Poland|Poland]], atau [[Bahasa Portugis|Portugis]]) kata yang digunakan untuk merujuk kepada puteri duyung adalah “Siren”, “Sirena”, “Syrena”, atau “Sereia” yang membingungkan penterjemahan antara “puteri duyung” atau “Siren” (mitologi). Dalam [[bahasa Inggeris]], “Siren” tidak selamanya bererti “puteri duyung”.
 
== Pertemuan dengan Siren ==
[[ImageFail:John William Waterhouse - Ulysses and the Sirens (1891).jpg|left|300px|thumb|Odysseus dan para Siren]]
Kisah pertemuan dengan para Siren diceritakan dalam kisah [[Odyssey]]. Pada suatu ketika, ketika [[Odysseus]] harus melewati pantai berkarang yang dihuni oleh para Siren, ia menyuruh seluruh anak kapalnya untuk menyumbat telinga mereka dengan lilin agar tidak mendengar suara para Siren yang menghanyutkan hati. Ia sendiri ingin diikat pada tiang dengan tidak menyumbat telinga kerana penasaran seperti apa nyanyian para Siren tersebut. Ketika ia mendengar suara merdu para Siren, ia memberontak dan menyuruh anak kapalnya agar melepaskan tali yang mengikat dirinya ke tiang kapal. Para anak kapalnya menolak. Ketika kapal mereka sudah jauh dari Siren, Odysseus berhenti memberontak dan menjadi tenang, setelah itu dibebaskan. (Odyssei XII, 39).
 
Baris 54:
[[hr:Sirena]]
[[is:Sírenur]]
[[it:Sirena (mitologia)]]
[[he:סירנה]]
[[la:Sirenes]]