Bunkface: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengosongkan laman
Tiptoety (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.51.127.43 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Kamalzack
Baris 1:
{{Infobox musical artist
|Name = Bunkface
|Img = Bunkface.jpg
|Img_capt = Dari kiri ke kanan: Sam, Youk dan Paan.
|Img_size =
|Lanscape =
|Background = kumpulan
|Birth_name =
|Alias =
|Born =
|Origin = {{Flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
|Genre =
|Instrument =
|Years_active =
|Associated_acts = Berkumpulan
|Occupation = [[Penyanyi|Vokal]] / Pemuzik
|Label =
|Influences =
|URL=
|Current_members = [[Shamsul Annuar Mohd Baharom |Sam Baharom]] (vokal, gitar)<br>Paan (gitar bes, vokal)<br>Youk (gitar)<br>Ejam Coda (dram)
|Past_members = Biak (dram)
|Instruments =
}}
 
'''Bunkface''' ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di [[Klang]], Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya [[Shamsul Annuar Mohd Baharom |Sam Baharom]], pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window."<ref name="mstar.com.my">{{cite news|title= Sam Nafi Juliana Evans Punca Pengurus Bunkface 'Disingkirkan'|author=Au Yeong How |work=mstar.com.my|date=16 November 2009 |url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/11/16/mstar_hiburan/20091115161527&sec=mstar_hiburan|accessdate=9 Januari 2010}}</ref>
 
==Biografi==
===Pembentukan===
[[Imej:AlbumBunkface.jpg|thumb|Gambar promo undian Bunkface di Blast Off]]
Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di [[SMK Sri Andalas]] dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor, .<ref>[http://www.hassanbakar.com/2008/11/17/azri-mystarz-dan-bunkface/ Azri myStarz dan BunkFace], oDIN Weblog, 17 November 2008. Dicapai pada 9 Januari 2010.</ref> Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan [[Sum 41]], "Crazy Amanda Bunkface", yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, '''Biak'''.<ref>{{cite news|title=Bunkface at Dig-It-All Fest |work=Malaysian Today|date=6 Ogos 2009|url=http://www.malaysiantoday.com.my/node/731|accessdate=9 Januari 2010}}</ref>
 
Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Band Rakan Seni Budaya anjuran Universiti Malaya, yang mana Piko dari kumpulan [[Marionexxes]] juga bertindak selaku pengurus acara, majalah muzik [[ROTTW]] turut sama menaja acara itu. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, Piko telah mencadangkan Bunkface kepada komuniti muzik Internet Demoplanet.tv untuk menawarkan penajaan untuk membikin [[video muzik]]. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti ''[[Blast Off]]''.
 
===Lesson of the Season===
Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul ''[[Lesson of the Season]]'' yang ddiisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan gaya pop-punk/rock alternatif. Lagu hit "[[Silly Lily]]" menduduki tangga teratas di carta [[hitz.fm]] Malaysian Top Ten selaam 8 minggu dan carta [[Fly FM|Fly.fm]] [[Campur Chart]] selama 10 minggu. Single berbahasa Melayu pertama mereka, "[[Situasi]]" pula menduduki tangga #1 di carta [[XFresh FM]] serta mencapai tangga #3 di Carta [[Era]] selama 3 minggu.
 
Pada tahun 2009, Kumpulan Bunkface menggondol anugerah Rockstar, Break Out dan juga The Ultimate Shout! Award di upacara [[Shout! Awards]] pertama anjuran [[8TV (Malaysia)|8TV]] di [[National Stadium, Bukit Jalil|Stadium Bukit Jalil]]. Pencapaian mereka di majlis penganugerahan urban tersebut menarik minat pihak penganjur [[One Movement For Music Perth]] (OMFM) dari [[Australia]] yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di pesta yang diadakan di [[Perth]] pada 16–18 Oktober 2009, sekaligus menandakan kali pertama mereka membuat persembahan di luar negara.<ref name="mstar.com.my"/>
 
===Through My Window===
Bunkface menyertai kempen [[Everyone Connects]] anjuran [[Telekom Malaysia|TM]] dan menyanyikan lagu "[[Through My Window]]" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara.<ref>{{cite news|title= Bursting into song |work=The Star |date= 16 November 2009|url=http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2009/11/16/lifeliving/5094741&sec=lifeliving|accessdate=9 Januari 2010}}</ref> Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di [[Facebook]] mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut.<ref>{{cite news|title=Sing-along, virtual game and concert in Jln Bukit Bintang |work=The Star |date=21 November 2009 |url=http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/11/21/central/5155107&sec=central|accessdate=9 Januari 2010}}</ref> Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di [[Jalan Bukit Bintang]] pada 21 November 2009. Band indie lain yang turut serta dalam konsert gemilang itu ialah Rock N Roll John, Marionexxes, Maddame, Basolaye dan The Rodeo.
 
===''Phobia Phoney''===
Pada Mac 2010, Bunkface mengeluarkan album penuh pertama mereka, iaitu ''[[Phobia Phoney]]''<ref>{{cite news|title= Bunkface: Kami Sudah Bersedia |author=Li Ee Kee |work=gua.com.my |date=18 Mac 2010 |url=http://gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4638 |accessdate=25 April 2010}}</ref> yang terdiri daripada empat lagu Melayu dan enam lagu Inggeris, termasuk single-single hit seperti "Situasi", "Revolusi", "Prom Queen" dan "Soldier".
 
Pada bulan Ogos 2010, beberapa akhbar memuatkan berita mengenai perselisihan faham di antara Sam dan anggota kumpulan Bunkface yang lain. Diberitakan Sam tidak berpuas hati kerana kejayaan Bunkface banyak dibantu oleh kesungguhan beliau sahaja. Sam dikatakan mahu meninggalkan kugiran itu dan membentuk kugiran baru.
 
Tidak lama selepas itu, Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan. Menurut mereka, Bunkface masih lagi utuh dan tidak akan berpecah (dalam waktu terdekat ini) sebaliknya akan terus merencana perjalanan seni mereka. Sam bagaimanapun mengakui akan menubuhkan sebuah kugiran indie terbaru yang lebih banyak menumpukan persembahan secara underground. Menurut Sam, penglibatannya dalam kugiran baru itu tidak bermakna dia mahu meninggalkan Bunkface sebaliknya sekadar mencuba perkara baru.<ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dengarnya_Bunkfacenafibergolak/Article Dengarnya: Bunkface nafi bergolak], ''Berita Harian'', 13 Ogos 2010. Dicapai pada 10 September 2010.</ref>
 
==Ahli-ahli==
* [[Shamsul Annuar Mohd Baharom |Sam Baharom]] - Pemain Gitar Kedua, Vokal
* Paan – Pemain Gitar Utama
* Youk – Pemain Bass
* Ejam (coda)= Pemain Drum (sensionist)
 
==Diskografi==
''[[Diskografi Bunkface]]''
===Album dan EP===
*''[[Lesson of the Season]]'' (EP, 2006)<ref>[http://www.facebook.com/discography/album.php?aid=239392320651 Lesson Of The Season]. Dicapai pada 9 Januari 2010.</ref>
*''[[Phobia Phoney]]'' (2010)
 
===Single===
# Silly Lily
# Situasi
# Bunk Anthem
# High School Rocker
# Revolusi
# Prom Queen
# Through My Window
# Fine
# Extravaganza
 
==Anugerah dan pencalonan==
* [[Anugerah Shout! 2009]]<ref>{{cite news|title=Shout! Awards Winners|work=Voize|date=18 Julai 2009|url=http://voize.my/events/happenings/shout-awards-winners|accessdate=9 Januari 2010}}</ref>
**Rockstar Award
**Break Out Award
**The Ultimate Shout! Award
* [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009]]
** [[Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH)]]
*[[Anugerah Industri Muzik ke-17]]
**Lagu Rock Terbaik (''[[Situasi]]'')
**Anugerah Kembara
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
*[http://www.myspace.com/bunkface Laman Myspace rasmi Bunkface]
*[http://amp.channelv.com/bunkface Laman Amp rasmi Bunkface]
 
[[Kategori:Kumpulan rock Malaysia]]
 
[[en:Bunkface]]
[[es:Bunkface]]