Wee Kim Wee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
|}
 
'''Wee Kim Wee ([[November 4]], [[1915]]–[[Mei 2]], [[2005]])''' adalah [[Presiden-presiden Singapura|Presiden]] [[Singapura]] yang keempat yang telah berkhidmat dari 1985 hingga 1993. Beliau telah dilantik oleh Parlimen pada 30 Ogos 1985.
 
==Kehidupan Awal==
Dilahirkan pada 4 November 1915 di Singapura, Dr Wee menerima pendidikan awal di [[Pearl's Hill School]]. Pada Januari 1930 sewaktu berumur 15 tahun, beliau meninggalkan Raffles Institution setelah dua tahun untuk bekerja di syarikat akhbar ''Straits Times'' sebagai sebuah kerani. Lapan bulan sebelum tercetusnya Perang Pasifik (1941), beliau meletak jawatan dari Straits Times dan menyertai United Press Association, sebuah agensi berita milik Amerita Syarikat yang menubuhkan pejabatnya di Singapura untuk kali pertama.
 
Semasa [[Jepun]] menyerang Tanah Melayu dan Singapura, beliau telah berkhidmat dalam ARP (''air raid precautions''). Semasa pendudukan Jepun ke atas Singapura, beliau berkhidmat sebagai seorang kerani di pejabat-pejabat milik tentera Jepun. Selepas tamat perang, beliau menjadi penyelia and juruwang sebuah kantin yang memberi khidmat katering kepada pelaut-pelaut Asia yang berkhidmat dalam kapal-kapal perdagangan Jepun.
 
Apabila Singapura dibebaskan pada 1945, Encik Wee menganggotai semula United Press Association. Pada 1959 beliau kembali bekerja dengan Straits Times dengan menyandang jawatan Penolong Penyunting (Singapura) dan menerajui jabatan penyuntingan di Singapura.
Baris 14 ⟶ 15:
Semasa bekerja dengan Straits Times, Encik Wee telah melaporkan tentang perang saudara yang berlaku di Belgian Congo (kini Zaire).
 
Pada 1966, beliau merupakan wartawan Singapura pertama yang memasuki [[Jakarta]] semasa berlakunya [[Konfrontasi]] dan berjaya menginterviumenemuramah [[Lieutenant-General Suharto|Suharto]] dan Menteri Luar Encik Adam Malik semasa [[Presiden Sukarno|Sukarno]] berada di dalam tahanan di dalam istananya di [[Bogor]]. Menerusi laporan dari interviu eksklusifnya, rakyat Singapura dan Malaysia sedar bahawa Indonesia juga ingin menamatkan insiden ''Konfrontasi'' dengan secepatnya.
 
Pada 1973, dua tahun sebelum beliau bersara dari Straits Times, kerajaan Singapura telah menawarkan beliau jawatan [[Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia|Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia]]. Perlantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun tetapi beliau telah berkhidmat selama tujuh tahun, dua tahun terakhirnya sebagai dekan kor diplomatik di Kuala Lumpur. Encik Wee juga telah berkhidmat sebagai ahli delegasi Singapura ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1977.
 
Beliau dilantik menjadi duta Singapura di [[Jepun]] dan [[Korea Selatan]] pada September 1980 dan Februari 1981. Beliau kembali ke Singapura pada akhir bulan April 1984 dan menyandang jawatan pengerusi dalam syarikat televisyen [[Perbadanan Penyiaran Singapura]] (SBC).
 
Pada zaman mudanya, Encik Wee merupakan seorang ahli sukan yang aktif. Beliau aktif dalam badminton, ping pong, bola keranjang dan bolasepak. Pada tahun 1937, beliau merupakan juara remaja badminton Singapura. Beliau telah berkhidmat dalam persatuan-persatuan badminton di Singapura dan Malaya dan menjadi Presiden [[Persatuan Badmintion Singapura]] serta Naib Presiden Persatuan Badmintion Malaya.
 
Beliau juga aktif dalam bidang kemasyarakatan dan telah berkhidmat di dalam berbagai kelab dan pertubuhan. Untuk beberapa tahun, beliau telah menjadi penegerusi Persatuan Anti-Tibi Singapura (SATA).
Baris 28 ⟶ 29:
Pada 2004, beliau telah menulis sebuah buku bertajuk, "''Glimpses and Reflections''", untuk berkongsi pengalaman mudanya dan juga kerjayanya bermula dari seorang kerani, wartawan, dan kemudiannya, Presiden. Royalti yang diraih dari penjualan buku tersebut (dianggarkan bernilai setengah juta [[dolar Singapura]]) telah didermakan kepada lapan buah badan kebajikan.
 
Encik Wee telah berumahtangga pada 1936 dengan Cik [[Koh Sok Hiong]]. Mereka dikurniakan dengan tujuh orang anak; satu lelaki dan enam perempuan.
 
==Pemergian==
 
Encik Wee meninggal dunia pada awal pagi (pukul 5.10 waktu Singapura) 2 Mei 2005 akibat komplikasi penyakit [[barah prostat]]. Beliau berumur 89 tahun.
 
Sepanjang menjadi Presiden dari 1985 hingga 1993, mendiang Encik Wee dikenali sebagai 'Pemimpin Berjiwa Rakyat' kerana kemesraan dan keprihatinannya terhadap kesejahteraan umum.