Kuasa kuda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: mn:Морины хүч; perubahan kosmetik
Baris 5:
* [[#Ukuran|Piawaian]] bagi nilai ukuran kuasa kuda yang pelbagai
 
== Definisi ==
Definisi berikut digunakan secara meluas:
{|class=wikitable
Baris 11:
|valign=top|[[#Kuasa kuda mekanikal|Kuasa kuda mekanikal]]
|≡ 33,000&nbsp;ka·[[paun-daya|lb<sub>f</sub>]]/min
= 550&nbsp;ka·lb<sub>f</sub>/s<br />
= 745.69987158227022&nbsp;[[Watt|W]] (nilai sebenar)
|-
|valign=top|[[#Kuasa kuda metrik|Kuasa kuda metrik]]
|≡ 75&nbsp;[[kilogram-daya|kg<sub>f</sub>]]·m/s<br />
= 735.49875&nbsp;W (nilai sebenar)
|-
Baris 30:
Kuasa kuda hidraulik adalah bersamaan dengan kuasa kuda mekanikal. Formula yang diberikan di atas digunakan bagi pertukaran kepada kuasa kuda mekanikal dengan menggunakan faktor-faktor pada sistem hidraulik.
 
=== Kuasa kuda mekanikal ===
Istilah <nowiki>"kuasa kuda"</nowiki> digunakan oleh jurutera [[James Watt]] (1736 - 1819) pada tahun 1782 semasa mencari jalan untuk meningkatkan prestasi [[enjin wap]]. Ia berlaku semasa menggunakan kuda kecil bagi mengangkut arang batu keluar dari lombong arang batu. Beliau mendapat idea mendefinisikan kuasa dengan membandingkan dengan haiwan tersebut bagi melakukan kerja tersebut. Beliau mendapati bahawa, secara purata, seekor kuda lombong mampu menarik (mengangkat menggunakan takal) 22,000 kaki-paun seminit. Beliau seterusnya menaikkan nilai keputusan ujian sebanyak 50 peratus, dan seterusnya memanggilnya sebagai kuasa kuda, iaitu i.e. 33,000 kaki-paun kerja seminit.
 
Baris 90:
|} = 745.66272 W atau 746 W
 
=== Kuasa kuda metrik ===
Kuasa kuda metrik mula digunakan di [[Jerman]] pada abad ke-19 dan menjadi popular di serata Eropah dan Asia. Pelbagai unit yang digunakan bagi definisi ini ("PS", "CV", "pk", dan "ch") semuanya bermaksud "kuasa kuda", maka adalah lazim jika nilai tersebut dirujuk sebagai "kuasa kuda" atau "hp" di dalam sidang akhbar atau liputan media oleh syarikat automotif Jerman, Perancis, Itali dan Jepun. Pengeluar British sering mencampur adukkan kuasa kuda metrik dan mekanikal, bergantung kepada asal-usul enjin yang dipersoalkan.
 
Kuasa kuda metrik, mengikut definisi, adalah 0.73549875&nbsp;kW, atau secara kasarnya 98.6% daripada kuasa kuda mekanikal. Ia merupakan isu kecil pada zaman di mana sistem ukuran adalah pelbagai serta enjin menghasilkan kurang kuasa, tetapi kini menjadi titik utama. Kereta eksotif Eropah seperti [[McLaren F1]] dan [[Bugatti Veyron]] sering disebut-sebut menggunakan definisi yang salah, dan keluaran kuasa kadang-kadang perlu ditukarkan dua kali kerana kekeliruan sama ada angka "kuasa kuda" asal adalah dalam bentuk metrik atau mekanikal.
 
==== PS ====
Unit ini ({{lang-de|Pferdestärke}} = kekuatan kuda) kini bukan lagi unit rasmi, tetapi masih digunakan secara meluas di Eropah, Amerika Selatan dan Jepun, terutamanya bagi industri automotif dan motosikal. Ia diguna pakai di serata benua Eropah dengan penggunaan hampir serupa dengan "kuasa kuda", tetapi dengan kiraan yang berbeza daripada unit Inggeris. Definisinya ditentukan oleh ''Physikalisch-Technische Bundesanstalt'' (PTB)<ref>[http://www.ptb.de/de/publikationen/download/pdf/einheiten.pdf Die gesetzlichen Einheiten in Deutschland (dalam Bahasa Jerman)] di [http://www.ptb.de/ PTB.de]</ref> di [[Braunschweig (bandar raya)|Braunschweig]] sebagai:
 
Baris 102:
Unit PS diterima oleh [[DIN|Deutsches Institut für Normung (DIN)]] dan seterusnya oleh industri automotif di serata Eropah, di bawah pelbagai nama. Pada tahun 1992, unit PS dianggap lapuk oleh para pengarah EEC, apabila ia digantikan dengan kilowatt sebagai unit ukuran kuasa rasmi. Walau bagaimanapun, ia masih digunakan bagi kegunaan komersial dan pengiklanan kenderaan.
 
=== Kuasa kuda dandang ===
'''Kuasa kuda dandang''' digunakan bagi mengukur kuasa dandang bagi stesen [[janakuasa elektrik]]. Ia bersamaan dengan 33,475 Btu/j (9.8095 kW), iaitu kadar tenaga yang diperlukan untuk menyejatkan 15.65 kg air kepada wap pada suhu 100 [[darjah Celsius|°C]]) dalam masa sejam.
 
=== Kuasa kuda elektrik ===
'''Kuasa kuda elektrik''' digunakan di dalam bidang kejuruteraan elektrik untuk mengukur kuasa jentera elektrik serta didefinisikan setepatnya sebagai 746 W pada kecekapan 100%. Motor elektrik tidak mungkin boleh dijalankan pada kecekapan 100%. Plat nama pada motor elektrik menunjukkan kuasa keluaran motor dan bukan kuasa elektrik yang diperlukannya.
 
=== Hubungan dengan kilasan ===
Dengan nilai [[kilasan]] yang diberi, kuasa kuda boleh dikira. Persamaan piawaian bagi hubungan kilasan dalam unit [[kaki-paun]], kelajuan putaran dalam [[putaran seminit|RPM]] dan kuasa kuda ialah:
:<math>P [ {\rm hp}] = {[\Tau / ({\rm ka \cdot lbf})] [\omega / ({\rm r/min})] \over 5252}</math>
Baris 123:
Sila lihat [[kilasan]].
 
=== Kuasa kuda tarikan ===
Kuasa kuda tarikan (dbhp) adalah kuasa yang terdapat pada [[lokomotif]] [[kereta api]] bagi menarik [[kereta api]]. Ini lebih merupakan nilai yang diukur daripada nilai kiraan. [[Gerabak kereta api]] khas yang dipanggil [[gerabak dinamometer]] dipasang di belakang lokomotif untuk mengukur rekod daya tarikan serta kelajuan. Daripada nilai yang didapati, kuasa yang dihasilkan boleh dikira. Untuk menentukan nilai kuasa maksimum, beban yang boleh dikawal diperlukan; biasanya gerabak kedua dengan brek dikenakan, sebagai tambahan kepada beban statik.
 
Baris 136:
Pemalar "375" digunakan kerana 1 hp = 375 lbf·bsj. Jika unit lain digunakan, pemalar yang digunakan adalah berbeza. Semasa menggunakan sistem unit ukuran yang koheren, seperti [[unit SI]] (watt, newton, dan meter sesaat), tiada pemalar diperlukan, maka formula tersebut menjadi <math>P = Fv</math>.
 
== Ukuran ==
Kuasa enjin boleh diukur atau dianggarkan pada beberapa titik pada sistem transmisi kuasa daripada penghasilannya sehinggalah kepada penggunaannya. Sebilangan nama digunakan bagi kuasa yang terbentuk pada pelbagai peringkat di dalam proses ini, tetapi tiada satu pun daripadanya yang merupakan petanda jelas sama ada bagi sistem ukuran atau definisi yang digunakan.
 
Baris 152:
Kesemua istilah di atau menganggap tiada faktor kehilangan kuasa yang lain yang mempengaruhi bacaan.
 
=== Kuasa kuda nominal ===
Kuasa kuda nominal (nhp) adalah [[hukum ibu jari]] awal abad ke-19 yang digunakan untuk menganggar kuasa enjin wap.
 
Baris 161:
Untuk membulehkan kuasa kuda nominal menyamai kuasa sebenar, adalah perlu bagi tekanan min wap di dalam silinder semasa lejang mencapai 7 psi serta kelajuan omboh mestilah di dalam aturan 180-248 ka/s.<ref name="Brown" />
 
=== Kuasa kuda ditandakan ===
Kuasa kuda ditandakan (ihp) adalah nilai kuasa teori bagi enjin salingan jika ia cekap sepenuhnya dalam menukarkan tenaga yang terkandung di dalam gas yang mengembang di dalam silinder. Ia dikira daripada tekanan yang terbentuk di dalam silinder, diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil ''penanda enjin'' - sebab itulah ia mendapat namanya. Angka sedemikian selalunya digunakan pada [[enjin wap]] pada abad ke-19 tetapi sering membawa kepada salah faham kerana kecekapan mekanikal enjin bermaksud keluaran kuasa sebenar mungkin hanya 70% hingga 90% daripada kuasa kuda ditandakan.
 
==== Kuasa kuda kasar SAE ====
Sehingga model tahun 1972 pengeluar kereta Amerika menilai enjin mereka dalam istilah '''kuasa kuda kasar SAE''' (diterangkan di bawah piawaian [[Persatuan Jurutera Automotif|SAE]] J245 dan J1995). Kuasa kuda kasar diukur menggunakan enjin ujian tanpa aksesori, penapis udara, peredam bunyi, atau alat kawalan emisi dan kadang-kadang dipasang satu tiub ujian di dalam rongga ekzos OEM. Piawaian pembetulan atmosfera (seperti tekanan barometer, kelembapan dan tekanan) yang digunakan dalam penilaian kasar adalah lebih idealistik daripada yang digunakan di dalam sistem penilaian bersih SAE. Ia menghasilkan nilai kuasa kasar (serta kilasan) maka ia mencerminkan nilai teori maksimum dan bukan kuasa bagi enjin yang dipasang pada kereta jalanan. Nilai kuasa kuda kasar juga tertakluk kepada pelarasan berkaitan oleh iklan pengeluar serta kakitangan pemasaran di bawah arahan pihak atasan.
 
=== Kuasa kuda brek ===
Kuasa kuda brek (bhp) adalah ukuran kuasa kuda enjin tanpa kehilangan kuasa pada kotak gear, pembeza, pam air dan komponen sampingan yang lain seperti pengulangalik, stereng kuasa serta pemampat pendingin udara. Oleh itu, imbuhan "brek" merujuk kepada tempat di mana kuasa diukur: pada aci keluaran enjin, diukur menggunakan [[dinamometer]] enjin. Kuasa kuda sebenar yang terdapat pada roda adalah kurang. Sebuah enjin mungkin perlu diuji semula untuk mendapatkan nilai penarafan dalam sistem yang lain pula. Istilah "brek" merujuk kepada penggunaan asal [[brek jalur]] bagi mengukur [[kilasan]] semasa ujian (yang kemudiannya didarab dengan RPM enjin dan suatu pemalar untuk mendapatkan nilai kuasa kuda).
 
==== hp (SAE) ====
Di Amerika Syarikat, istilah "bhp" digugurkan setelah [[Persatuan Jurutera Automotif]] Amerika (SAE) mengesyorkan pengeluar kereta untuk menggunakan '''hp (SAE)''' bagi menandakan kuasa kuda bersih enjin. Ia mengukur kuasa enjin pada [[roda tenaga]], tanpa mengira kehilangan kuasa pada sistem transmisi (atau apa sahaja selepas roda tenaga).
 
Baris 179:
Oleh kerana penilaian kasar SAE gross digunakan secara liberal, dalam keadaan terbaik, tiada nilai pertukaran yang tepat dari nilai kasar ke nilai bersih. Perbandingan penilaian kasar dan bersih bagi enjin yang tidak berubah menunjukkan sedikit variasi antara 40 hingga 150 kuasa kuda. Enjin [[Chrysler]] [[426 Hemi]], misalnya, pada tahun 1971 menyatakan nilai kasar 425 hp dan nilai bersih 350 hp.<ref>1971 Risalah Plymouth "Rapid Transit System" dan kesemua maklumat rasmi lain bagi model tahun 1971 keluaran Chrysler Corp</ref>
 
==== Kuasa kuda diperakui SAE ====
Pada tahun 2005, [[Persatuan Jurutera Automotif]] memperkenalkan satu prosedur ujian baru bagi kuasa kuda dan [[kilasan]] enjin.<ref>[http://www.sae.org/certifiedpower/ SAE J2723 Certified Power]: an SAE Engine Rating Standard from [http://www.sae.org SAE International]</ref> Prosedur baru ini menghapuskan beberapa ruang keanjalan dalam pengurusan kuasa, dan memerlukan seorang pemerhati bebas semasa nilai kuasa enjin diukur. Ujian ini adalah secara sukarela, tetapi enjin yang selesai melalui enjin tersebut boleh diiklankan sebagai "diperakui oleh SAE".
 
Kebanyakan pengeluar kereta mula beralih kepada sistem penilaian baru serta-merta, kadang-kadang dengan keputusan yang memeranjatkan. Kuasa kuda bagi enjin kereta [[Cadillac]] [[enjin GM Premium V|Northstar]] V8 melambung dari 440&nbsp;hp (328&nbsp;kW) ke 469&nbsp;hp (350&nbsp;kW) di bawah sistem ujian baru, sementara nilai kuasa enjin [[Toyota]] [[Toyota Camry|Camry]] 3.0&nbsp;L ''[[enjin Toyota MZ#1MZ-FE|1MZ-FE]]'' V6 jatuh dari 210&nbsp;hp (157&nbsp;kW) ke 190&nbsp;hp (142&nbsp;kW). Enjin pertama yang diperakui di bawah program baru ialah enjin 7.0&nbsp;L [[enjin GM LS#LS7|LS7]] pada kereta [[Chevrolet Corvette]] Z06. Kuasa kuda diperakui meningkat sedikit dari 500&nbsp;hp (373&nbsp;kW) kepada 505&nbsp;hp (377&nbsp;kW).
 
==== hp (DIN) ====
'''Kuasa kuda DIN''' adalah nilai kuasa yang diukur menurut piawaian [[DIN]] 70020 [[Jerman]] dan, sebagai mana nilai SAE, ia diukur pada roda tenaga. Ia kadang-kala dipendekkan sebagai "PS", yang bermaksud ''Pferdestärke'', perkataan [[bahasa Jerman|Jerman]] bagi kuasa kuda. Walau bagaimanapun, "kuasa kuda" DIN sering disebut sebagai [[#kuasa kuda metrik|kuasa kuda metrik (Pferdestärke)]] daripada [[#kuasa kuda mekanikal|kuasa kuda mekanikal]].
 
=== Kuasa kuda aci ===
Kuasa kuda aci (shp) adalah nilai kuasa yang dihantar pada aci [[baling-baling]] bagi [[kapal]] atau [[kapal terbang]] yang menggunakan enjin omboh atau [[enjin jet]] (kombinasi enjin jet dan baling-baling selalunya dipanggil [[turboprop]]). Nilai tersebut diukur atau dianggarkan daripada nikai kuasa kuda ditandakan melalui nilai piawai bagi kehilangan kuasa pada sistem transmisi (biasanya sekitar 10%). Nilai ini kurang lazim di dalam industri automotif, walaupun kehilangan kuasa pada sistem aliran kuasa boleh jadi signifikan.
 
=== Kuasa kuda berkesan / kuasa kuda sebenar / kuasa kuda roda ===
Kuasa kuda berkesan (ehp), kuasa kuda sebenar (thp) atau kuasa kuda roda (whp) adalah nilai kuasa yang ditukarkan kepada kerja yang berguna. Di dalam kes kenderaan jalan raya, ia bermaksud nilai kuasa kuda yang dimanfaatkan bagi pergerakan ke hadapan dan diukur menggunakan [[dinamometer|dinamometer kerangka]].
 
Baris 197:
Isitlah kuasa kuda roda (whp) adalah istilah yang lebih meluas digunakan bagi merujuk kepada kuasa kuda berkesan.
 
== Sejarah istilah "kuasa kuda" ==
Perkembangan bagi enjin wap menjadi alasan kukuh bagi menyamakan kuasa bagi kuda dengan enjin yang boleh menggantikannya. Pada tahun 1702, Thomas Savery menulis di dalam The Miner's Friend: "Supaya sebuah enjin yang boleh mengangkat sejumlah air yang mampu diangkut oleh dua ekor kuda, bekerja bersama dalam satu-satu masa setiap kali melakukan kerja, mampu melakukan, serta bagi yang mana mesti ada kuda simpanan sebanyak sepuluh atau dua belas ekor bagi melakukan kerja yang sama. Kemudian saya berkata, enjin sedemikian mungkin dibina cukup besar bagi melakukan kerja yang biasanya memerlukan lapan, sepuluh, lima belas, atau dua puluh ekor kuda untuk diselenggara secara berterusan dan dijaga bagi melakukan kerja sedemikian..." Istilah "kuasa kuda" kemudian diguna pakai oleh [[James Watt]] untuk membantu memasarkan [[enjin wap]] buatannya yang diperbaharui. Beliau sebelum ini telah bersetuju untuk mengambil royalti sejumlah satu pertiga daripada jumlah penjimatan arang batu daripana [[enjin wap Newcomen]] yang lama.<ref>{{cite web
|url=http://www.pballew.net/arithm17.html#hp
|title=Math Words &mdash; horsepower
|publisher=pballew.net/
|accessdate=2007-08-11}}</ref> Skim royalti ini tidak dapat dilakukan pada pelanggan yang sebelum ini tiada enjin wap tetapi menggunakan kuda. Watt menetapkan bahawa seekor kuda mampu memutar roda kincir sebanyak 144 kali sejam (atau 2.4 kali seminit). Roda kincir tersebut berjejari 12 kaki, maka kuda tersebut bergerak 2.4 × 2π × 12 kaki seminit. Watt membuat kesimpulan bahawa kuda tersebut boleh menarik dengan [[daya]] 180 paun (dengan menganggap ukuran jisim bersamaan dengan ukuran daya dalam unit paun-daya, yang masih belm dapat didefinisikan pada masa itu). Oleh itu:
Baris 228:
 
 
=== Kuasa kuda bagi seekor kuda ===
R. D. Stevenson dan R. J. Wasserzug menerbitkan sebuah rencana di dalam Nature 364, 195-195 ([[15 Julai]] [[1993]]) mengira had atas bagi keluaran kuasa seekor kuda. Kuasa puncak selama beberapa saat diukur dengan nilai setinggi 14.9 hp. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa panjang pula seekor kuda secara purata menghasilkan kurang daripada satu kuasa kuda.
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.epi-eng.com/ET-PwrTrq.htm Power and Torque Explained] Penerangan jelas mengenai hubungan antara kuasa kuda dan kilasan, serta bagaimana keduanya berkaitan pada prestasi enjin.
* [http://auto.howstuffworks.com/horsepower.htm How Stuff Works - Horsepower]
* [http://craig.backfire.ca/pages/autos/horsepower "Horsepower and Torque"] Rencana mengenai bagaimana kuasa, kilasan, dan nisbah gear mempengaruhi prestasi kenderaan.
* [http://www.imperialtometric.com/conversion_en.htm Penukar kuasa kuda atas talian]
* [http://www.nitrod.com/articles/HorsepowerTA.pdf "Horsepower and power losses"] Menerangkan kuasa kuda serta kehilangan kuasa di dalam enjin serta sistem aliran kuasa.
* [http://www.web-cars.com/math/horsepower.html "Apa Itu Kuasa Kuda?"] (bergambar)
* [http://www.straightdope.com/mailbag/mhorsepower.html "Apa perbezaan antara kuasa kuda dan kilasan?"] di [[Straight Dope]]
 
[[Kategori:Unit ukuran]]
Baris 269:
[[lt:Arklio galia]]
[[hu:Lóerő]]
[[mn:Морины хүч]]
[[my:မြင်းကောင်ရေအား]]
[[nl:Paardenkracht]]