Punk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 218.208.250.229 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Xqbot
Amd916 (bincang | sumb.)
Baris 9:
Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan kugiran punk seperti [[The Ramones]] dan [[Blondie]] pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti the [[Sex Pistols]] dan [[The Clash]] di London meledak pada tahun 1977.
 
Liputan media di kebanyakan konsert dan “scene” punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang mula bosan terhadap [[rock n roll]] “mainstream”, muzik disko dan budaya [[hippie]] 1960-an. Di samping memberontak terhadap [[masyarakat]], remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap gamdadah). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya. Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan jenayah.
 
Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, goth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain seperti kegilaan [[rock alternatif]] dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga [[Budaya Indie]] yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.