Sempadan Malaysia–Thailand: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 50:
Namun begitu, pendapat jackson telah ditolak oleh Phya Sakda Bidaj, Presiden Suruhanjaya Siam. Menurutnya, Sungai Lanah yang sepatutnya dianggap dan dijadikan punca utama Sungai Golok.<ref>surat J.H Mason kepada Anderson, 31 Julai 1911, CO 273/374;Peta VI</ref> Selain itu, Sungai Buluh juga boleh dijadikan punca utama bagi Sungai Golok memandangkan sungai itu telah ditanda di atas peta yang dilampirkan dalam Perjanjian Bangkok.
Pandangan wakil Siam berhubung dengan Sungai Buluh ditolak oleh Jackson atas alasan peta itu ''"was very inacurrate and incomplete sketch map compiled from very scanty information".''<ref>lihat "report on the disputed Portion of Patani-Kelantan Saction by Colonel Jackson, Surveyor General FMS</ref> Dalam konteks ini Jackson menegaskan bahawa Sungai Buluh bukan merupakan sumber utama kepada Sungai Golok dan ia tidak patut dijadikan sebagai garis sempadan. Tambahan pula, lembah kawasan sungai tersebut merupakan satu kawasan penempatan. Misalnya, di tepi sungai buluh terdapat tujuh buah kampung dan kebanyakannya penduduk kasawasan itu terdiri daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Pada pandangannya, sekiranya Sungai Buluh dijadikan garis sempadan sudah tentu akan menimbulkan kesukaran pengurusan pentadbiran. Ini kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu mempunyai tanah sendiri di seberang lembah sungai tersebut. Kebiasaan mereka menggunakan sungai tersebut untuk mengerjakan sawah padi. tambahan pula, menurut J.M Favell, Ketua Juru Ukur Tanah, luas sungai Lanah empat kali luas dari sungai Buluh, manakala sungai Sat berkeluasan enam kali Sungai Buluh.<ref>ibid</ref> Atas alasan itulah Sungai Sat adalah lebih sesuai untuk dianggap sebagai sumber utama bagi Sungai Golok serta dijadikan garis sempadan-Kelantan Patani.
Namun bagitu, pada waktu itu Jackson tidak berhasrat untuk memaksa President Suruhanjaya Siam menerima pendapatnya bahawa Sungai Sat merupakan punca utama kepada Sungai Golok. Beliau sedar bahawa sekiranya beliau bertindak demikian pertelagahan sudah tentu akan timbul dan Suruhanjaya Sempadan akan menghadapi jalan buntu bagi menyelesaikan kekusutan berhubung dengan penetapan sempadan Kelantan Petani. Pada Pandangannya, satu cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah itu dengan berkompromi.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud. 1994. Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dalam Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur</ref> Jackson mengemukakan cadangan alternatif iaitu Suruhanjaya Sempadan ''"....take the line to Bukit Jeli to the head of a small stream (the Ayer Jawa) rising in Bukit Jeli, just below the peak and down this small stream to a larger stream (the Ayer Bukit Hampar) which one miles further down runs into Sat.'' <ref>surat J.H Mason kepada Anderson, 31 Julai 1911, CO 273/374;peta VI</ref>
Tetapi cadangan Jackson itu juga tidak dipersetujui oleh Phya Sakda Bidaj. Sebaliknya beliau mencadangkan agar Suruhanjaya Sempadan mengambil ''"....the line from Bukit Jeli to the source of another stream which arises between the Sat and the Lanah and runs into the latter viz the Sungei Buloh, thence down the Sungei Buloh to its junction which the Lanah (called the Lambak at this part of its course)- to its jjunction with Sat to form the Golok".''<ref>lihat Report on The Disputed Portion of Patani-Kelantan Saction by Colonel Jackson, Surveyor-General FMS and British President, Anglo-Siamese Bondary Commision, 3 Julai 1911, CO 273/274</ref> Dalam keadaan demikian, walaupun Sungai Buloh tidak dapat dianggap sebagai hulu Sungai Golok, pihak Siam masih mendesak supaya garisan tersebut perlu dikekalkan kerana ia telah diadakan dalam "sketch Map" yang dilampirkan dalam protokol sempadan. Walaupun Jackson tidak menafikan kenyataan pihak Siam itu tetapi beliau menegaskan setahunya "sketch map" itu hanya untuk digunakan sebagai panduan sahaja dan bukan diikut semuanya. Tambahan pula, peta itu dibuat berasaskan sumber-sumber yang tidak lengkap dan sebelum ini belum pernah dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya Sempadan untuk dijadikan asas diikuti. Oleh itu, Jackson bertegas adalah menjadi suatu yang tidak munasabah menjadikan peta itu sebagai panduan. Namun begitu, Jackson gagal mempengaruhi Presiden Suruhanjaya Sempadan Siam agar mengubah pendiriannya. Sehubungan itu, kerja bagi menetapkan sempadan Kelantan Patani terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu ''"pending investigation to determine wheteverthe Sat or the Lanah is the main stream of the Golok above the point where those rivers diverge".''<ref>ibid</ref>
 
== Jalan Keretapi ==