Vicky (The Fairly OddParents): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Along (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Vicky the Babysitter''' adalah penjaga bayi berusia 16 tahun yang suka menyeksa Timmy Turner dan merupakan salah satu daripada musuh ketat Timmy. Dia tidak ...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:19, 1 November 2010

Vicky the Babysitter adalah penjaga bayi berusia 16 tahun yang suka menyeksa Timmy Turner dan merupakan salah satu daripada musuh ketat Timmy. Dia tidak mempunyai kawan dan sukakan duit, menyeksa kanak-kanak dan menonton televisyen. Vicky dilihat menerima kekejaman beliau sendiri dan sebabnya dia menjadi begitu adalah kerana dia juga diseksa ketika kanak-kanak. Di dalam episod "The Switch Glitch", Timmy mahu membalas dendam ke atas Vicky dan berhajat agar penjaganya bertukar menjadi seorang budak yang berusia lima tahun. Walau bagaimanapun, hajat ini memakan diri sendiri apabila Cosmo dan Wanda dihantar kepada dia. Dalam satu episod nenek moyang Vicky adalah adik perempuan kepada Ghengis Khan. Di dalam episod Wishology, dia bersama Timmy untuk menyelamatkan semua orang daripada "The Darkness"; dan sekiranya dia berjaya, beliau akan menerima $20 dari Timmy.

Vicky adalah kakak kepada Tootie. Walaupun diseksa, Timmy tidak mahu Vicky meninggalkannya sejak dia merupakan alasan utama Timmy menerima Cosmo dan Wanda. Timmy juga dilihat cuba untuk melihat Vicky digantikan atau dipecat dan selalu cuba untuk memberitahu ibu bapanya untuk melakukannya. Vicky suka menembak serum kebenaran kepada Timmy untuk melihat kelemahannya.

Vicky menjadi watak antagonis di dalam episod Channel Chasers.