Hishamuddin Rais: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Mengosongkan laman
Baris 1:
'''Hishamuddin Rais''' (juga dikenali dengan nama '''Isham''') telah dilahirkan pada 3 Februari, 1951 di [[Negeri Sembilan]]. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di [[Kolej Melayu Kuala Kangsar]] (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke [[Universiti Malaya]] dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971. Beliau kini adalah merupakan seorang aktivis masyarakat yang terkenal di [[Malaysia]]{{fact}}.
 
[[Fail:Hisham_rais.jpg|thumb|250px|Hishamuddin Rais]]
 
==Kepulangan ke Malaysia==
 
Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk membikin filem Dari Jemapoh ke
Manchester. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.
 
== Aktiviti ==
===Penulisan===
 
Pada tahun-tahun awal kepulangan beliau ke Malaysia, dia menulis di pelbagai suratkhabar dan majalah seperti akhbar Melayu, Ujang dan Dewan Budaya. Antara sumbangan beliau yang lain adalah
1.Penyumbang untuk Men’s Review
2.Analog-Kolum di Berita Minggu
3.Penyumbang untuk Vox akhbar The Sun
4.Penyumbang di penerbitan-penerbitan alternatif
5. Kolum Dot Mai-Malaysiakini.com
6. Kolum Tapai untuk majalah Off The Edge
 
Hisham boleh dikatakan sebagai seorang intelektual rakyat. Dia menjadi jambatan penghubung idea-idea dan konsep-konsep yang kompleks ke dalam bahasa mudah dalam tulisan-tulisannya.{{fact}}
 
=== Terlibat aktif dalam gerakan Reformasi ===
 
Pasca 2 September 1998 merupakan detik bersejarah dalam hidup dia. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian dia mengubah fikiran dan menyertai demostrasi jalanan. Dia beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.
 
Hisham menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah, antaranya dia diberhentikan dari menulis di kolum mingguannya di akhbar Brita Harian. Oleh kerana tekanan pihak pemerintah akhbar-akhbar arus perdana tidak lagi berani untuk menyiarkan tulisan-tulisannya.{{fact}}
 
Namun pada penghujung tahun 1999 Malaysiakini.com, sebuah akhbar internet dilancarkan dan dia diberi ruangan kolum Dot.Mai. Kolum ini memberi pengaruh besar terhadap pejuang-pejuang reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.{{fact}} Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”
 
== Inspirasi kepada Anak Muda ==
Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. {{fact}} Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”
 
==Pautan luar==
* [http://tukartiub.blogspot.com/ Blog rasmi Hishamuddin Rais]
 
[[Kategori:Aktivis masyarakat di Malaysia]]
[[Kategori:Bekas tahanan ISA]]
 
[[zh:希山慕丁莱益斯]]