Al-Hakam II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Along (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Along (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Al-Hakam II memerintah [[Cordoba]] selepas kemangkatan ayahandanya Abd-ar-Rahman III pada 961 M. Beliau berdamai dengan kerajaan Kristian di utara Iberia dan berusaha untuk memajukan pertanian melalui pembinaan sistem pengairan. Pembangunan ekonomi juga digalakkan melalui pelebaran jalan dan pembinaan pasar.
 
Beliau berminat kepada ilmu pengetahuan dan membina sebuah perpustakaan besar yang mempunyai 400 000 buah buku (perpustakaan ini telah dimusnahkan dalam Perang Barbar di Cordoba pada 1100 M.). Beliau juga menghantar ejennya untuk membeli buku 'edisi pertama' ('Kitab al-Aghani' yang dihasilkan oleh Abu Faraj al-Isfahani).
 
Semasa pemerintahannya, kegiatan penterjemahan telah dilakukan secara besar-besaran. Banyak buku-buku yang berbahasa Latin dan Greek telah diterjemahkan kepada bahasa Arab. Untuk tugas ini Al-Hakam II telah membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai oleh Arab Muslim dan Kristian Mozarab Iberia.
 
Al-Hakam II juga telah melakukan kerja-kerja pembinaan. Contohnya beliauBeliau telah membesarkan masjid utama di Cordoba iaitu Mezquita dan juga menyiapkan kerja-kerja pembinaan Istana Diraja Medina Azahara (976 M.) yang dibina oleh Abd-ar-Rahman III sejak 936 M..
 
Apabila kuasa pentadbiran negara yang berada di tangan wazir al-Mushafi semakin bertambah, Jeneral Ghalib telah mengambil alih tugas sebagai panglima tentera. Beliau telah ditugaskan untuk menghadapi serangan terakhir Norman (966 M., 971 M.) dan berperang dengan kerajaan Zirid dan Fatimiyah di utara Afrika. Tentera Fatimiyah telah ditewaskan pada 974 M. dan Al-Hakam II berjaya mengukuhkan kekhilafahan ke atas wilayah-wilayah Kristian iaitu Navarre, Castile serta Leon.