Tropika: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ht:Twopik
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: my:အပူပိုင်းဇုန်; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:World map torrid.svg|thumb|350px|right|Zon antaratropika ditandai warna merah dalam peta dunia ini.]]
 
'''Tropika''' merupakan kawasan sekitar [[Khatulistiwa]] di Bumi, dibatasi oleh [[Garisan Sartan]] (kira-kira 23°26' (23.5°) U) di hemisfera utara, dan [[Garisan Jadi]] (23°26' (23.5°) S) di hemisfera selatan. Kawasan tropika juga dikenali sebagai '''zon tropika''' dan '''zon terik''' (lihat [[zon geografi]]).
Baris 5:
Kawasan tropika merangkumi seluruh kawasan di Bumi di mana [[Matahari]] mencapai titik betul-betul di atas dan betul-betul di bawah permukaan Bumi, sekurang-kurangnya sekali sepanjang setahun suria. Di luar kawasan tropika, Matahari tidak sesekali pun mencapai titik betul-betul di atas dan betul-betul di bawah sedemikian sepanjang tahun.
 
== Musim dan iklim ==
{{utama|Iklim tropika}}
[[ImageFail:Tropical-area-mactan-philippines.jpg|thumb|right|220px|Pemandangan di [[Filipina]] ketika Matahari hampir betul-betul di atas permukaan bumi pada waktu tengahari.]]
Musim-musim tropika dikuasai oleh pergerakan [[jalur hujan tropika]] (atau [[ITCZ]], zon pertemuan antara tropika) yang berulang alik di antara tropika utara dan selatan sepanjang setahun, menyebabkan timbulnya musim-musim [[musim kemarau|kemarau]] dan [[musim tengkujuh|tengkujuh]], tanpa kebezaan suhu dan kepanjangan siang ketara yang menandakan pola musim [[Musim bunga|bunga]], [[Musim panas|panas]], [[Musim luruh|luruh]] dan [[Musim sejuk|sejuk]] yang terdapat di kawasan luar tropika.
 
Namun demikian, tarikh bermulanya empat [[musim]] ini ada kaitannya dengan tropika, biarpun tarikh-tarikh tersebut hanya dipakai di kawasan-kawasan ber[[iklim sederhana]] dan [[kawasan kutub]], yang mana tarikh permulaan [[solstis musim sejuk]] sahaja yang berguna di kawasan tropika kerana [[solstis musim panas]] berlaku apabila Matahari berada di [[zenit]], yang berlaku pada tarikh berlainan di [[latitud]] berbeza. Musim bunga bermula apabila Matahari betul-betul di atas Khatulistiwa ([[ekuinoks musim bunga]]). Musim panas bermula apabila matahari betul-betul di atas [[Garisan Sartan]] di utara atau betul-betul di atas [[Garisan Jadi]] di selatan ([[solstis musim panas]]). Musim luruh bermula apabila Matahari sekali lagi berada betul-betul di atas Khatulistiwa ([[ekuinoks musim luruh]]). Musim sejuk bermula apabila Matahari berada betul-betul di atas [[Garisan Jadi]] di utara atau betul-betul di atas [[Garisan Sartan]] di selatan ([[solstis musim sejuk]]).
 
[[FileFail:Kota Kinabalu by Dale Preston.jpg|thumb|left|220px|Matahari terbenam di laut tropika [[Kota Kinabalu]], [[Malaysia]].]]
 
"Tropika" juga memaksudkan [[iklim tropika]] yang panas dan lembap sepanjang tahun, dengan tumbuh-tumbuhan yang subur sekali. Namun begitu, terdapat sesetengah kawasan dalam tropika yang tidak menampakkan ciri-ciri "iklim tropika", termasuk juga [[tundra alp]] dan puncak gunung berlitup salji, termasuk [[Mauna Kea]], [[Gunung Kilimanjaro]], dan banjaran [[Andes]] selatan sejauh kawasan utara [[Chile]] dan [[Argentina]]. Mengikut [[pengelasan iklim Köppen]], kebanyakan kawasan dalam tropika geografi bukan tergolong sebagai "tropika", sebaliknya "kering" ([[Iklim gurun|gersang]] atau [[Iklim separa gersang|separa gersang]]) termasuk [[Gurun Sahara]] dan [[Pedalaman Australia]].
 
== Ekosistem tropika ==
[[ImageFail:Pajuçara.jpg|thumb|right|220px|Pokok kelapa dalam iklim tropika hangat di [[Brazil]].]]
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan tropika adalah spesies-spesies yang berasal dari kawasan tropika. Ekosistem tropika merangkumi [[hutan hujan]], hutan daun luruh kering, hutan berduri, [[gurun]] dan lain-lain jenis habitat. Di kawasan tropika selalunya terasa [[biodiversiti]] dan kehadiran [[endemisme]] spesies, khususnya di hutan hujan dan hutan daun luruh kering. Antara contoh-contoh biodiversiti terpenting atau ekosistem berendemisme tinggi adalah: [[Taman Negara El Yunque]] di [[Puerto Rico]], hutan hujan [[Costa Rica]] dan [[Nicaragua]], wilayah [[Hutan Hujan Amazon]] di [[Brazil]] dan [[Venezuela]], hutan daun luruh kering di [[Madagascar]], [[Biosfera Waterberg]] di [[Afrika Selatan]] dan hutan hujan di timur [[Madagascar]]. Biasanya, tanah hutan tropika adalah rendah kandungan [[nutrien]]nya, menjadikannya agak terdedah kepada kaedah [[tebang bakar]] yang wujud dalam sesetengah amalan sistem pertanian [[pertanian pindah]].
 
Baris 24:
Kira-kira 40 peratus penduduk manusia di dunia tinggal dalam kawasan tropika (mengikut perangkaan tahun 2008); adalah dijangka pada tahun 2060, 60% penduduk manusia akan berada dalam tropika kerana kadar kelahiran tinggi dan penghijrahan.<ref>[http://www.geohive.com/default1.aspx GeoHive population statistics]</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
Baris 63:
[[lt:Atogrąžos]]
[[hu:Trópusok]]
[[my:အပူပိုင်းဇုန်]]
[[nl:Tropen (geografie)]]
[[ja:熱帯]]