Perbezaan antara semakan "Blazblue: Calamity Trigger"

tiada ringkasan suntingan
'''''Blazblue: Calamity Trigger''''' (BCT) merupakan sebuah permainan video genre berlawan yang diterbit dan dibangunkan oleh syarikat ''[[Arc System Works]]''. Versi arkedBCT telah wujud pada 19 November 2008berada di [[Jepun]]platform danarked 20sejak November 2008 disebelum [[Amerikaberalih Syarikat]]. Versi bagike konsol ''[[Playstation 3]]'' dan ''[[Xbox 360]]'' dikeluarkan pada 25 Jun 2009. manakalaVersi bagi platform PC sudahpula menjengahtelah pasarandikeluarkan sejak 26pada Ogos 2010.
 
==Plot==
 
Ragna the Bloodedge iaitu watak utama BCT merupakan seorang penjenayah yang memusnahkan organisasi ''Novus Orbis Librarium'' / NOL (sebuah organisasi yang menjaga dunia) tanpa sebab-sebab yang diketahui. NOL menawarkan ganjaran terbesar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Ragna. Ragna memiliki ''Ars Magus'' yang paling kuat sekaligus menjadikan lebih ramai pemburu ingin menjejaki dan membunuhnya.
 
===''Ars Magus''===
 
''Ars Magus'' adalah senjata hasil gabungan teknologi dan magik. Setiap watak mempunyai ''Ars Magus'' yang berbeza. ''Ars Magus'' terkuat milik Ragna iaitu ''Azure Grimoire'' adalah dalam bentuk sebilah pedang gergasi manakala ''Ars Magus'' Litchi Faye-Ling pula berbentuk tongkat.
 
===Watak===
 
Setiap watak dalam BCT mempunyai serangan unik dan serangan rantaian yang berbeza bagi mengalahkan musuh.
 
Watak-watak dalam BCT ialah:
 
#. Ragna the Bloodedge
#. Jin Kisaragi
#. Noel Vermillion
#. Iron Tager (TR-0009)
#. Rachel Alucard
#. Taokaka
#. Litchi Faye-Ling
#. Arakune
#. Bang Shishigami
#. Carl Clover
#. Hakumen
#. ν -No. 13- (Nu)
 
==Mekanisme permainan==
 
BCT adalah sebuah permainan video genre berlawan seperti ''[[Street Fighter]]'' dan ''[[King of Fighters]]''. Perbezaannya ialah, BCT memiliki jalan cerita yang lebih fantasi dan futuristik. Selain itu, kelainannya adalah ia dilengkapi ciri-ciri istimewa seperti sistem ''rapid cancel'', ''instant block'', dan ''barrier burst''. Ciri-ciri tersebut membolehkan pemain yang bijak menggunakannya dapat menguasai permainan.
Seperti permainan genre berlawan yang lain, objektif BCT adalah menghabiskan meter nyawa lawan dalam masa yang ditetapkan.
 
Secara kasarnya, pemain perlu bertempur satu lawan satu dengan objektifnya adalah menghabiskan meter nyawa musuh dalam masa yang ditetapkan. Pemain boleh menggunakan serangan biasa, serangan ''Ars Magus'' ataupun serangan rantaian (''combo'').
 
==Grafik dan audio==
 
===Paparan===
 
Walaupun keseluruhan permainan adalah dalam dua dimensi (2D), kualiti grafik keseluruhannya amat baik. Dari latar belakang, watak sehingga kesan di atas skrin dibikin dengan amat kemas dan tajam. Sedikit kelemahan BCT ialah faktor main semulanya (''replay'') yang kurang kemas dan boleh mendorong pemain menjadi cepat bosan.
 
===Bunyi===
 
Kualiti rakaman suara serta alih bahasa ke bahasa Inggeris juga memuaskan walaupun sedikit kasar dan memerlukan tapisan.
 
==Kandungan muat turun (''downloadable content'')==
 
Setakat ini, ''downloadable content'' (DLC) untuk BCT cuma menawarkan warna-warna tambahan kepada watak sedia ada dalam permainan, berbeza dengan DLC permainan video lain yang menambahkan lagi ciri-ciri permainan seperti misi dan watak. DLC untuk permainan ini boleh didapati melalui ''Playstation 3'' dan ''Xbox Live Marketplace'' pada harga dari RM 6 hingga RM 15 dan hanya untuk konsol PS3 dan ''Xbox 360''.
46

suntingan