Mike Shinoda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SilvonenBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: az:Mayk Şinoda
MerlLinkBot (bincang | sumb.)
k Bot: memperbaiki pautan lapuk allmusic.com
Baris 4:
==Biografi==
===Kehidupan awal===
Kelahiran generasi keempat keturunan Jepun-Amerika ''(yonsei)'' ayahnya, Leslie Shinoda dan ibu Russia-Hunggary, Kim, Mike Shinoda dibesarkan di [[Los Angeles]] di pinggir bandar Agoura Hills.<ref name="allmusic">Biography, [http://www.allmusic.com/cgartist/amg.dll?p=amg&token=&sql=11:fnfuxqujldaemike-shinoda-p388572 allmusic.com]</ref> Mike mempunyai adik lelaki (lahir 1979) bernama Jason.<ref name="allmusic">Biography, [http://www.allmusic.com/cgartist/amg.dll?p=amg&token=&sql=11:fnfuxqujldaemike-shinoda-p388572 allmusic.com]</ref>
 
Shinoda mula didedahkan kepada muzik semasa awal persekolahan menengah apabila dia menghadiri konsert kumpulan Anthrax dan Public Enemy. Selepas itu, dia mula belajar bermain [[piano]], dan kemudiannya mula meminati [[rap]] dan [[hip-hop]]. Minatnya dalam bidang muzik turut menarik perhatian rakan sekolahnya iaitu [[Brad Delson]] dan sejak itulah mereka mula bermain muzik bersama-sama. Mereka bersekolah di Sekolah Tinggi Agoura Hills bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan [[Hoobastank]]. Semasa mereka hampir tamat persekolahan tinggi, seorang lagi rakan mereka iaitu [[Rob Bourdon]] turut menyertai mereka dan mereka menubuhkan kumpulan Xero, yang kemudiannya berubah nama kepada [[Linkin Park]]. Semasa mencari syarikat rakaman sepanjang tahun 1998, dia terpaksa membahagikan masa antara persembahannya dengan pendidikan tingginya di Art Center College of Design. Dia lulus dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Ilustrasi di situ, walaupun pada masa itu kumpulannya masih gagal mencari syarikat rakaman sehinggalah diterima oleh Warner Bros. Records.