Perbezaan antara semakan "Stesen Abdullah Hukum"

(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox Station | name={{PAGENAME}} | type=Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya | image=Abdullah Hukum station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.j...')
 
}}
'''{{PAGENAME}}''' ialah [[stesen metro|stesen alihan laju]] yang terletak di [[Kampung Haji Abdullah Hukum]], [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]], sebagai sebahagian [[Aliran Kelana Jaya]] (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara [[Stesen LRT Kelana Jaya|stesen Kelana Jaya]] dan [[Stesen LRT Pasar Seni|Pasar Seni]] (tidak termasuk [[Kuala Lumpur Sentral|KL Sentral]] yang dibuka kemudian) dan [[depoh]] penyelenggaraan di Lembah Subang.
 
== Lokasi ==
Stesen ini diberi nama sempena kampung Melayu yang terdekat iaitu ''[[Kampung Haji Abdullah Hukum]]'', perkampungan bandar yang terletak diantara stesen lrt ini dan [[Sungai Klang]]. Tambahan dari itu, stesen ini dibina bagi menghubungkan kemudahan pengangkutan rel darat antara perkampungan di sebelah tenggara, stesen ini juga boleh diakses dari hujung barat daya ''Taman Bukit Pantai'' dari stesen barat laut. Landasan [[Keretapi Tanah Melayu]] (KTM) yang menuju ke [[Pelabuhan Klang]] turut berada selari sepanjang stesen ini dan bersambung dengan trek [[LRT Aliran Kelana Jaya]].
 
Stesen ini turut berhubung dengan [[Stesen LRT Bangsar]], trek stesen Abdullah Hukum berada disepanjang ''[[Jalan Bangsar]]'' (Bangsar Road), menuju ke selatan, tetapi terletak hanya bersebelahan dengan susur keluar Pantai Baharu di [[Lebuhraya Pantai Baharu]].
 
=== Penyambungan dengan Bandar Mid Velley ===
 
Walaupun secara relatifnya, jarak antara [[Mid Valley City]] adalah agak hampir dengan stesen ini kira-kira 250 meter ke timur dan merupakan satu-satunya stesen LRT yang paling hampir dengan Bandar Mid Valley, namun sehingga kini masih tiada infrastruktur yang betul-betul berkesan untuk menghubungkan stesen Abdullah Hukum dengan Bandar Mid Valley. Laluan semasa memerlukan para pelawat berjalan menuju keutara lalu perlu menyeberangi jambatan trek KTM, dari situ mereka harus meneruskan perjalanan ke timur untuk menyeberangi Sungai Klang dengan menggunakan jambatan.
 
Stesen Abdullah Hukum sebenarnya turut dibina untuk memudahkan para pelawat hadir / pulang ke/ dari Bandar Mid Valley dengan mudah dengan menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan. Namun apa yang terjadi sekarang stesen [[KTM Komuter]] dilihat lebih banyak digunakan oleh para pelawat yang datang ke Mid Valley kerana jarak stesen KTM Komuter Mid Valley dengan kompleks membeli belah adalah sangat hampir. Tetapi menunggu ketibaan KTM Komuter pada masa kini di [[Kuala Lumpur]] adalah suautu perkara yang mengecewakan kerana KTM Komuter dilihat sangat lambat dari segi pemanduan dan ketibaannya. Stesen LRT Abdullah Hukum yang diharap dapat mengatasi masalah ini akhirnya hanya dilihat sebagai stesen yang kurang mendapat sambutan dan sangat lengang.
 
Telah banyak proposal dan cadangan dalam menambah baikkan hubungan antara stesen dan Bandar Mid Valley, antaranya adalah cadangan membina jambatan pejalan kaki antara stesen dan bangunan [[The Gardens (Kuala Lumpur)|The Gardens]] di sebelah barat, (merupakan tetingkap dan segment baru yang boleh menjadi penghubung antara Bandar Mid Valley dan stesen. Walaubagaimanapun, proposal ini masih lagi dibincangkan untuk memastikan plan dan rancangan jangka panjang dapat diteliti dengan sedalam yang mungkin khususnya berkenaan dengan aspek keselamatan, sambutan dan persetujuan bersama, ini juga termasuk dengan cadangan membentuk suatu hub pusingan yang melibatkan penyertaan stesen KTM Komuter baharu dan stesen [[KL Monorail]]. Pembinaan stesen rel integrasi ini mungkin kelak memerlukan lebih banyak penyertaan dari segi kewangan dan persetujuan bersama.<ref name="Skybridge">{{cite web |url=http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/7/30/central/18440220&sec=central |title=Skybridge plan to mall lauded |accessdate=2007-08-24 |author= M., Bavani|date=2007-07-30 |publisher=''[[The Star (Malaysia)|The Star]]'' (Metro/Central section) }}</ref> Terdapat juga rancangan untuk membersihkan ''Kampung Abdullah Hukum'' bagi tujuan pembangunan mampan, serta menjadi sayap baru bagi Bandar Mid Valley kelak,<ref name="Kampung Abdullah Hukum">{{cite web |url=http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/7/31/central/18441259&sec=central |title=Goodbye to another urban kampung |accessdate=2007-08-24 |author=Christina Low |date=2007-07-31 |publisher=''[[The Star (Malaysia)|The Star]]'' (Metro/Central section) }}</ref> ini bermaksud prospek stesen rel berintegrasi masa hadapan mungkin dapat dijalankan dengan mudah, namun persetujuan bersama dan kesepakatan antara penduduk kampung merupakan suatu rintangan untuk projek pembangunan mega ini dijalankan dalam masa waktu yang singkat dan ia memerlukan lebih banyak perbincangan dan pertukaran tawaran yang setimpal serta mampu menguntungkan.
 
==Hentian bas rapidKL==
10,343

suntingan