Pasukan Baki: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lone totti (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox |name = Infobox/doc |title = Pasukan Baki |image = right|250pxright|250px |cap...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:43, 12 November 2010

Pasukan Baki atau "Pasir Tiga Bersaudara" adalah pasukan ninja dari kampung Sunagakure yang terdiri daripada tiga orang anak Kazekage Keempat iaitu Gaara, Kankuro dan Temari yang berada di bawah pimpinan seorang ninja Jōnin bernama Baki.

Pasukan Baki
Pasukan Baki atau "Pasir Tiga Bersaudara"
Debut
MangaBab 35
AnimeEpisod 20
FilemNaruto Shippūden 3: Inheritors of the Will of Fire
Permainan
Video
Naruto: Ultimate Ninja
OVAFinally a clash! Jōnin VS Genin!! Indiscriminate grand melee tournament meeting!!
KemunculanAnime, Manga, Permainan Video dan Filem
Info Pasukan
KetuaBaki (Bekas)
Gaara (Terkini)
Ahli-ahliKankuro
Temari
PakatanSunagakure

Latarbelakang

Ketiga-tiga adik beradik ini begitu mahir dalam serangan jarak jauh di mana; Gaara menggunakan pasir khas yang berada di dalam ketutu yang dibawanya, Kankuro pula mahir menggunakan patung boneka beracun dan Temari pula menggunakan kipas besar yang dibawanya untuk emnghasil arus angin kencang ketika bertarung.

Di dalam Bahagian I siri Naruto, Pasukan Baki telah mengambil bahagian dalam Peperiksaan Chūnin di Konoha. Walaupun mereka sebenarnya dianggap calon dan prospek untuk menjadi chūnin, namun mereka sebenarnya sedang menunggu gerakan menakluk Konoha oleh ninja-ninja dari Otogakure. Beberapa ketika selepas misi menakluk Konoha gagal disempurnakan, pasukan tersebut telah dibubarkan dan ketiga-tiga mereka telah dilantik sebagai anggota rasmi dalam pentadbiran di Sunagakure.

Kemudian, di dalam Bahagian II, Kazekage kampung Sunagakure iaitu Gaara; beserta Temari dan Kankurō serta pengawal khas daripada ninja-ninja jōnin berkumpul dan mula bergerak ke Persidangan Lima Kage.