Chinta (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Admya (bincang | sumb.)
Admya (bincang | sumb.)
Baris 21:
==Sinopsis==
{{spoiler}}
Drama Chinta mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis malang bernama Chinta (Lakonan [[Fasha Sandha]]) yang pada awalnya adalah gadis yang baik akhirnya terjebak di dalam kancah pelacuran akibat pelbagai nasib malang yang dialamainya.Chinta dirogol dua kali yang mana kali pertama dia dirogol akibat perbuatan abang kandungnya sendiri (Lakonan Azhar Sulaiman) dan kali kedua dirogol oleh tunangnya sendiri (lakonan Ezany Nizariff) .Akibat pelbagai peristiwa malang tersebut dia tekad untuk lari dari rumah dan menuju ke Kuala Lumpur.Hidup barunya di Kuala Lumpur menemukan dia dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson).
Kisahnya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
 
Chinta berkisar tentang pergolakkan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak di dalam kancah pelacuran. Dibintangi oleh Adi Putra, Faradhiya, Azhar Sulaiman dan Fasha Sandha sebagai watak utama, Chinta, akan mula bersiaran mulai 27hb September, dalam slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).Dugaan sentiasa melanda Chinta dalam mencari cintanya.Apabila Chinta mencintai Ammar,Ammar ditembak pula oleh bekas tunang yang berdendam padanya.Osman Qabilah juga meninggal dunia 5 tahun kemudian.Chinta masih lagi mencari cinta yang hilang dalam dirinya.Perkenalan dengan Saadatul Saadah membawa titik perubahan kepada Chinta.Apatah lagi,pertemuan dengan suami Saadatul Rasul Iman yang mempunyai iras Ammar membuatkan hati Chinta bergetar kembali.
 
{{turutan-tv