Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alongayah (bincang | sumb.)
Alongayah (bincang | sumb.)
Baris 44:
==Pusaka==
Walaupun banyak orang daripada pihak pembangkang, termasuk juga pihak bekas kerajaan seperti [[Tunku Abdul Rahman]], menganggap bahawa pemecatan Salleh Abas adalah sesuatu yang sangat dibenci, penyokong-penyokong Dr. Mahathir berkeras mengatakan bahawa perbuatan ini telah membebaskan badan kehakiman Malaysia daripada cara pemikiran penjajah. Pemecatan beberapa hakim itu diberikan justifikasi bahawa mereka telah menyalahgunakan wang awam untuk belanja peribadi &mdash; umpamanya, pembelian perabot mewah dari [[Itali]]. Tuntutan juga dibuat bahawa pemecatan-pemecatan itu telah menghapuskan kayu mati dan memperbaiki kecekapan mahkamah-mahkamah, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pengurangan tunggakan kes.<ref>Maidin, Zainuddin (1994). ''The Other Side of Mahathir'' (Mahathir Yang Sebelah Lain), m.s. 99, 101. Penerbitan & Penyedaran Utusan. ISBN 967-61-0486-8.</ref>
 
Kesan-kesan krisis ini masih dapat dirasakan pada hari ini, disebabkan "ketakutan" badan kehakiman yang amat teruk sehingga badan itu tidak pernah pulih daripada kebebasan [[pembuatan keputusan]] yang dahulu.
 
== Kekesalan Kerajaan Malaysia ==