Islam di Sri Lanka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 34:
Orang Tamil Sri Lanka, sepanjang sejarah, cuba mengkelaskan orang Moor Sri Lanka sebagai [[orang Islam Tamil|bangsa Tamil]]. Kononnya cubaan ini dibuat sebahagian besarnya kerana sebab-sebab pentingkan diri sendiri dalam usaha menghalang masyarakat minoriti Islam daripada memiliki identitinya sendiri yang unik. Bagaimana pun, kerajaan Sri Lanka menganggap orang Islam sebagai keturunan Arab dan kumpulan etnik yang berbeza daripada orang Tamil.<ref name=mi>{{cite web | title = The Muslims and Sri Lanka | first = Kamalika Pieris | work = | publisher = Mission Islam | url = http://www.missionislam.com/knowledge/srilanka.htm | accessdate = 2007-07-04}}</ref>
 
Cara Islam berkembang di Sri Lanka serupa dengan apa yang berlaku di pantai Malabar India. Tradisi mencatatkan bahawa orang Arab yang menetap di pantai Malabar biasa belayar dari pelabuhan Cranganore ke Sri Lanka untuk menziarahi apa yang dipercayai mereka sebagai bekas tapak kaki [[Nabi Adam a.hs.]] di puncak sebuah gunung yang sehingga kini masih dipanggil sebagai [[Puncak Adam]].<ref name=mi/>
 
[[Ibn Batuta]], pengembara Arab terkenal kurun ke-14, mencatatkan banyak faset mengenai pengaruh Arab awal di Sri Lanka dalam catatan pengembaraannya.