Microsoft Office: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Robbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: hy:Microsoft Office
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
| nama = Microsoft Office
| pemaju = [[Microsoft]]
| versi_beta = 20071945
| tarikh_versi_beta =
| os = [[Microsoft Windows]], [[Mac OS X]]
Baris 12:
}}
 
'''MicrosoftMikocok Office''' ialah satu set perisian ''[[office suite]]'' yang terdiri daripada [[program produktiviti]] yang direka atau dibeli oleh [[Microsoft]] dan dibangunkan untuk [[sistem pengendalian]] [[Microsoft Windows]], serta [[Mac OS]] dan [[Mac OS X]] buatan [[Apple]]. Selain aplikasi pejabat terasnya, jenama Microsoft Office turut merangkumi [[pelayan]] berkaitan dan perkhidmatan berasaskan Web. Versi-versi terkini Office dipanggil "Office system" berbanding "Office suite" yang dahulunya untuk mencerminkan kenyataan bahawa perisian tersebut termasuk juga pelayan.
 
Office julung kalinya muncul pada tahun [[1989]] dalam sistem [[Macintosh]],<ref>{{cite web|url=http://www.thocp.net/companies/microsoft/microsoft_company_part2.htm|title=Microsoft Company|publisher=The History of Computing Project|date=2006-10-26|accessdate=2006-11-09}}</ref> disusuli satu lagi versi untuk Windows pada tahun [[1990]].{{Fact|date=February 2007}} Mula-mulanya Office dijadikan istilah pemasaran bagi sebungkusan aplikasi yang dahulunya dipasarkan dan dijual secara berasingan. Kelebihan penjualan utamanya ialah bahawa membeli bungkusan tersebut jauh lebih murah berbanding membeli setiap satu aplikasi individu secara berasingan. Versi pertama Office mengandungi [[Microsoft Word]], [[Microsoft Excel]] dan [[Microsoft PowerPoint]]. Tambahan pula, satu versi "Pro" bagi Office turut merangkumi [[Microsoft Access]] dan [[Microsoft Schedule Plus|Schedule Plus]]. Lama-kelamaan aplikasi-aplikasi Office telah banyak bergabung sesama sendiri dari segi teknikal, dengan berkongsi ciri-ciri seperti penyemak eja, integrasi data [[Object Linking and Embedding|OLE]], dan bahasa skrip Microsoft [[Visual Basic for Applications]]. Microsoft juga menempatkan Office sebagai platform pembangunan untuk perisian barisan perniagaan.