Perbincangan:Parameswara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master of Books (bincang | sumb.)
sedang bincang pasal agama Parameswara...
Master of Books (bincang | sumb.)
Baris 14:
Saya fikir kita perlu memasukkan fakta tentang agama Parameswara ke dalam artikel ini. Ini kerana terdapat kekeliruan oleh ramai pihak tentang agama Parameswara yang sebenarnya.
 
Sebelum ini, kita sering dimomokkan dengan maklumat yang mendakwa Parameswara beragama Hindu. Namun, kini ramai pula mendakwa bahawa Parameswara sebenarnya beragama Buddha berdasarkan susur galur Parameswara yang dikatakan berasal dari leluhur Kerajaan Srivijaya yang beragama Buddha.
 
Jadi, amat penting memasukkan fakta tentang agama sebenar yang diterima umum oleh para sejarawan Malaysia/Indonesia. Ini pasti dapat menghapuskan kekeliruan masyarakat. Namun begitu, rujukan kepada fakta itu haruslah dilampirkan dan ditaip pada bahagian "Rujukan" di bahagian terbawah artikel ini.
Kembali ke laman "Parameswara".