Mekanik kontinum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Mekanik kontinuum''' ialah satu cabang [[fizik]] (khususnya [[mekanik]]) yang berkaitan dengan jirim [[Kontinuum|selanjar]], termasuk kedua-dua [[pepejal]] dan [[bendalir]] (iaitu [[cecair]] dan [[gas]]).
 
Fakta bahawa jirim yang terdiri daripada atom-[[atom]], dan yang biasanya mempunyai ''mikrostruktur'' heterogen, tidak diendahkan ketika membuat penghampiran yang menganggap bahawa kuantiti-kuantiti fizikal, seperti [[tenaga]] dan [[momentum]], boleh diolahkan pada [[Had (matematik)|had]] infinitesimal. Oleh itu, [[persamaan pembezaan]] boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah mekanik kontinuum. Sesetengah persamaan pembezaan adalah khusus bagiuntuk bahan-bahan yang diselidik dan digelarkan [[persamaan juzuk]], sedangkan yang lain membabitkan hukum-[[hukum fizikal]], seperti [[pengabadian jisim]] atau [[pengabadian momentum]]. BagiUntuk [[bendalir]], [[nombor Knudsen]] digunakan untuk menaksir takat penghampiran keselanjaran yang boleh dibuat.
 
Hukum-hukum fizikal untuk pepejal dan bendalir tidak bergantung kepada [[sistem koordinat]] yang digunakan untuk pemerhatian. Oleh itu, mekanik kontinuum mempergunakan [[tensor]] yang merupakan objek-objek matematik yang tidak bergantung kepada sistem koordinat. Tensor-tensor ini boleh diungkapkan dalampada sistem-sistem koordinat untuk memudahkan pengiraan.