Cetak rompak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
Baris 11:
 
 
Kegiatan memuat turun bahan lucah dan [[perkongsian fail|berkongsi]] rakaman muzik dalam bentuk [[MP3]] dan fail-fail audio yang lain makin berleluasa{{Fact|date=Ogos 2007}}, itupun setelah berkuburnya [[Napster]] dan tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturutberturu'''Teks tebal'''t-turut yang dikemukakan badan-badan industri rakaman. DVD ''[[screener]]'' yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih ditayangkan di pawagam, dan pihak [[MPAA]] di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk [[kamera video]] ke dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "[[Cam (cetak rompak)|CAM]]"), namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi. Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, seperti [http://strategis.gc.ca/sc_mrksv/cipo/cp/copy_gd_protect-e.html#5 Kanada], dan sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya dijual.
 
[[Rakam rompak]] (''bootleg'') ialah rakaman muzik yang belum dikeluarkan secara rasmi oleh artis atau syarikat pengurusan atau penerbitan yang bersekutu dengannya. Rakaman sedemikian boleh terdiri dalam bentuk demo, ''outtake'' atau bahan studio yang lain, atau juga rakaman persembahan ''live'' secara haram. Penggemar muzik boleh menggunakan istilah "bootleg" untuk membezakan rakaman-rakaman ini daripada salinan "cetak rompak" bagi bahan yang dikeluarkan secara komersil, tetapi rakaman-rakaman tersebut masih dilindungi hakcipta meskipun belum dikeluarkan secara rasmi, maka pengedaran bahan-bahan sedemikian masih menyalahi undang-undang.