Johan Setia Diraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Johan Setia Diraja (J.S.D.)''' ([[bahasa Inggeris]]: ''Companion'') merupakan pangkat kedua antara empat pangkat dalam [[Darjah-darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja|Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja]] (YADSD)]]. YADSD pula merupakan darjah keenam antara sepuluh darjah [[Anugerah Diraja Malaysia]]. Anugerah ini dimulakan pada [[3 September]] [[1965]] dan [[Warta|diwartakan]] pada [[16 September]] 1965.
 
Pangkat Johan Setia Diraja dianugerahkan kepada mereka yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada [[Yang di-Pertuan Agong|Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong]] serta [[Permaisuri Agong|Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong]].
 
Anugerah ini diberikan atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, dan tidak terdapat sebarang had untuk bilangan kurniaan ini. Mereka yang berlayak untuk anugerah ini termasuk pegawai-[[Perkhidmatan Awam Malaysia|pegawai awam]] dalam Kumpulan 'A', [[Angkatan Tentera Diraja Malaysia|Angkatan Tentera]], [[Polis Diraja Malaysia|Pasukan Polis]], serta orang awam. [[Warganegara]] asing juga berlayak untuk anugerah kehormat ini.
 
Lencana untuk Johan Setia Diraja mempunyai reka bentuk yang sama dengan anugerah [[Panglima Setia Diraja]]. Lencana ini digantung pada [[leher]] dengan [[reben]] yang berwarna [[kuning]] dengan jalur [[hijau]] pada kedua-dua tepinya. Di tengah reben ini terdapat satu jalur [[merah]], dengan jalur [[putih]] yang sempit di tengahnya. Lebar reben itu adalah 1.75 [[inci]].
 
 
==Rujukan==
* [http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bi/rk6/rk6a.php?id=rk6_14 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia]
 
==Pautan luar ==