Corazon Aquino: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lv:Korasona Akino
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
|}}
 
'''María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino''' (25 Januari 1933 - 1 Ogos 2009), lebih dikenali sebagai '''Cory Aquino''', ialah Presiden [[Filipina]] dari [[1986]] hingga [[1992]], serta [[Daftar Presiden Wanita|Presiden wanita]] yang pertama di [[Asia]]. Beliau adalah isteri kepada [[Benigno Aquino Jr.]], seorang [[senator]] pembangkang yang popular. Cory Aquino menjadi tumpuan penentangan terhadap pemerintahan [[Autokrasi|autokratik]] Presiden [[Ferdinand Marcos]] ketika suaminya dibunuh di [[Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino|Lapangan Terbang Antarabangsa Manila]] pada [[21 Ogos]] [[1983]] semasa pulang daripada buangan. Beliau juga adalah ibu kepada Presiden Republik Filipina sekarang, [[Benigno Aquino III]]
 
== Kehidupan awal ==
Baris 26:
Corazon dibesarkan dalam keadaan keistimewaan, dan dihantar ke luar negeri untuk belajar di [[Akademi Ravenhill]] di [[Philadelphia]], dan [[Sekolah Convent Notre Dame]] serta [[Kolej Mount Saint Vincent]] di New York. Beliau belajar [[matematik]] dan memperoleh ijazah dalam [[bahasa Perancis]] pada tahun [[1953]].
 
Corazon kembali ke Filipina untuk menyertai kursus [[undang-undang]] di [[Universiti Far Eastern]] tetapi pada tahun [[1955]] ketika hanya berumur 22 tahun, beliau berkahwin dengan [[Benigno Aquino Jr.]] yang ketika itu telah dipilih sebagai [[Datuk Bandar]] [[Concepcion, Tarlac|Concepción]] di provinsi [[Tarlac]]. Mereka dikurniakan dengan lima orang anak: seorang anak lelaki, [[Benigno Aquino III|Benigno III]], dan empat orang perempuan, [[Maria Elena Aquino|Maria Elena]], [[Aurora Corazon Aquino|Aurora Corazon]], [[Victoria Eliza Aquino|Victoria Eliza]], dan [[Kris Aquino|Kristina Bernadette Yap]]. Benigno kemudian menjadi [[gabenor]] dan [[senator]] tetapi di bawah rejim [[Ferdinand Marcos]], beliau ditangkap, [[Hukuman mati|dihukum mati]], dan [[Buangan|dibuang negeri]].
 
Corazon mengiringi suaminya dalam buangan pada tahun [[1980]]. Selepas menjalani hampir tiga tahun hukuman buangannya di [[Amerika Syarikat]], Benigno kembali ke Filipina pada [[21 Ogos]] [[1983]] dan dibunuh di tarmak Lapangan Terbang Antarabangsa Manila yang kemudian dinamai sempena namanya. Selepas kematian suaminya, Corazon diyakinkan oleh kawan-kawan dan penyokong-penyokong Benigno untuk menyertai politik sebagai ketua parti campuran [[Laban (parti)|Laban]].
Baris 34:
== Meninggal dunia ==
Pada 1 Ogos 2009, Aquino mati akibat masalah [[kardiopulmonari]] berkaitan [[kanser kolon]] pada usia 76 di Makati Medical Center. Aquino pernah didiagnoskan pada Mac 2008 jelas anak lelakinya, [[Senator]] [[Benigno Aquino III]] .
 
== Benigno Aquino III ==
Corazon Aquino mendapat penghormatan apabila anak sulungnya, [[Senator]] [[Benigno Aquino III]]dipilih menjadi Presiden Republik Filipina yang baru pada 30 Jun 2010.
 
 
== Pautan luar ==