Perbezaan antara semakan "Kejuruteraan ruang angkasa"

tiada ringkasan suntingan
'''Kejuruteraan aeroangkasa''' merupakan satu cabang kejuruteraan yang berkaitan dengan pesawat terbang dan pesawat angkasalepas. Kejuruteraan aeroangkasa sering dirujuk sebagai kejuruteraan aeronautikal, terutama apabila berkaitan dengan kapalterbang, dan kejuruteraan astronautikal apabila berkaitan dengan kapal angkasa. Sebahagian dari asas kejuruteraan aeroangkasa adalah :
 
* [[Aerodynamik]] - kajian tentang aliran pada objek seperti sayap (lihat juga angkat dan aeronautikal)
* Tujahan - tenaga untuk menggerakkan pesawat dibekalkan oleh enjin bakar dalaman "internal combustion engines", enjin jet , atau roket.
* Kawalan atau Dinamik Penerbangan - kajian untuk mengawal pesawat untuk mencapai aras dan arah yang dikehendaki. (lihat juga Astrodynamik)
Asas kebanyakan unsur ini terletak pada mathematik theoritikal, seperti mekanik cecair untuk aerodynamik atau persamaan gerakan "equations of motion" untuk penerbangan. Bagaimanapun terdapat juga untuk dinamik penerbangan. Selain itu terdapat juga sebahagian besar komponen empirikal.
 
Dari segi sejarah, komponen empirikal didapati dari ujian model skala dan protaip, samaada dalam [[terowong angin]] atau di luar.
 
Pada masa sekarang, kemajuan teknologi [[komputer]] membolehkan penggunaan pengiraan dinamik cecair untuk meramalkan sifat kenderaan, dengan itu mengurangkan masa dan belanja.
 
Selain itu, kejuruteraan aeroangkasa menangani gabungan semua komponen yang membentuk kenderaan angkasa (subsistem termasuk tenaga, komunikasi, kawalan suhu, [[sokongan hayat]], dll.) dan kitaran hayat (rekabentuk, pembuatan, ujian, operasi, pelupusan), dan oleh itu merupakan cabang khas bagi kejuruteraan sistem. Keperluan operasi kenderaan angkasa seringkali melampau (suhu, tekanan, radiasi, velositi, jangka hayat...), mendorong kepada cabaran luar biasa dan penyelesaian khas kepada alam kejuruteraan sistem angkasa.
245,304

suntingan